Pelarian Vietnam di Pulau Bidong
Sejarah Pelarian Vietnam ke Pulau Bidong
Penerimaan Malaysia
Prinsip Penentuan Dasar Luar
Bagaimana Malaysia menangani isu ini hingga tiada pelarian Vietnam lagi
- Pelarian Vietnam datang ke Pulau Bidong akibat daripada peperangan diantara pihak Vietnam Utara (KKVU) dan Selatan (KDVS).
- Kerajaan Malaysia pada waktu itu menggelarkan mereka sebagai “Orang Hanyut Vietnam” (OHV).
- Pendaratan pertama berlaku pada awal Mei 1975 dengan jumlah sebanyak 1400 orang pada akhir tahun.
- Jumlah pendaratan paling tinggi adalah kapal Hai Hong di Pelabuhan Klang, yang membawa 2,400 orang pada 1978.
- Pada Oktober 1978 seramai 60 ribu telah ditempatkan di pulau ini dan menyaksikan pulau yang indah ini akhirnya menjadi gondol akibat daripada pembinaan rumah-rumah sementara oleh OHV.
- Sejumlah 221 orang OHV terkahir dari 252,390 OHV yang berada di pulau tersebut telah dihantar semula ke negara asal mereka.
- Kerajaan mengisytiharkan Pulau Bidong sebagai kawasan keselamatan pada tahun 1976.
- Tindakan tersebut menghalang nelayan untuk menangkap ikan berhampiran Pulau Bidong.
- Pada 30 November 1991 kerajaan mengumumkan Pulau Bidong akan ditutup daripada menjadi pusat penempatan sementara pelarian Vietnam.
Penerimaan Malaysia
- Negara-negara dunia termasuk Amerika turut memberikan sokongan moral agar Malaysia melayani pelarian ini dengan sebaik mungkin
- Kedatangan OHV ini berlarutan sehingga tahun 1977 tetapi tiada negara asing yang datang membantu Malaysia bagi menguruskan mereka.
- Ketibaan Kapal Hai Hong telah mencetuskan suasana panik di kalangan penduduk Malaysia yang bimbang akan timbul pelbagai masalah di dalam negara.
- Pada Disember 1978, kerajaan pusat telah menubuhkan Pasukan Petugas Persekutuan dibawah kelolaan MKN bagi menguruskan para pelarian ini.
- Fungsi utama pasukan ini ialah menyediakan asas kemahiran bagi OHV sebelum dipindahkan ke negara dunia ketiga.
- Kuasa-kuasa besar dunia memberi bantuan dan bekalan kepada negara bagi mempercepatkan proses ini dan akhirnya seramai 20 ribu OHV telah Berjaya dipindahkan
- Sehingga tahun 1985 masalah OHV masih belum berakhir dan akhirnya kerajaan Malaysia mengambil tindakan agar warga Vietnam di tapis dahulu sebelum diberi suaka politik.
- Akhirnya pada 30/11/1991 Pulau Bidong telah diserahkan semula kepada kerajaan Terengganu.
- Dasar luar negara boleh dianggap sebagai instrumen atau alat yang diperlukan oleh sesebuah negara untuk berhubung, berinteraksi dengan sebuah negara yang lain, baik yang berjiran dengannya atau yang berada jauh dengannya. Melalui dasar luar negara, kita menyatakan pendirian kita berhubung dengan sesuatu isu yang berlaku di sempadan negara kita mahupun negara lain yang jauh dari segi kedudukan geografi dalam hubungan antarabangsa. Dalam sistem perhubungan antarabangsa, pembentukan dasar luar negara juga perlu mengambil kira dasar luar atau sikap negara-negara lain. Dasar luar boleh berubah mengikut senario politik antarabangsa. Tetapi, apa yang penting ialah dasar luar perlu mengutamakan kepentingan negara dan juga keselamatan, kemakmuran penduduknya.
- Prinsip penentuan dasar luar Malaysia yang terlibat adalah Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
- Matlamat utama PBB adalah untuk memelihara keamanan dan keselamatan sejagat.
- PBB juga berperanan menyelesaikan konflik antarabangsa secara aman tanpa menggunakan kekerasan.
- PBB sedang cuba memikirkan cara terbaik untuk menyelesaikan masalah pelarian Vietnam di Pualu Bidong apabila sebuah kapal bernama Hai Hong tiba di Pelabuhan Kelang.
- Kerajaan pusat telah menubuhkan Pasukan Petugas Persekutuan dibawah kelolaan MKN bagi menguruskan para pelarian ini pada Disember 1978.
- Fungsi utamanya adalah menyediakan asas kemahiran bagi OHV sebelum dipindahkan ke negara dunia ketiga.
- Akhirnya seramai 20 ribu OHV telah Berjaya dipindahkan.
- Masalah OHV masih lagi belum berakhir sehingga tahun 1985 dan akhirnya kerajaan Malaysia mengambil tindakan agar warga Vietnam ini di tapis dahulu sebelum diberi suaka politik.
- Sejumlah 221 orang OHV terkahir dari 252,390 OHV yang berada di pulau tersebut telah dihantar semula ke negara asal mereka.
- Akhirnya pada 30/11/1991 Pulau Bidong telah diserahkan semula kepada Kerajaan Terengganu.
Comments
Post a Comment