Gaya Bahasa

Terdapat banyak cabang dalam gaya bahasa. Iaitu:

1) Imej alam:
contoh : rumput, bulan dan lain-lain

2) Jenis Bahasa:
contoh: bahasa klasik, bahasa jawa, bahasa arab dan bahasa asing yang lain-lain.

3) Paradoks:
pernyataan yang bertentangan tetapi ada kebenarannya.
contoh: dalam kegelapan di bawah cahaya matahari.

4) Sinkof/sinkope:
perkataan seperti: tak, nak, dah, kau

5) Simbol/ perlambangan:
contoh: ombak melambangkan cabaran dalam kehidupan.

6) Epifora:
Pengulangan perkataan di akhir ayat puisi.

7) Responsi:
Pengulangan perkataan di tengah baris.
contoh: membina rumah tempat berlindung. Membina bilik tempat berteduh.

8) Anafora:
Pengulangan kata di depan baris.
contoh: Bila diikat dia berjalan. Bila dibuka ia berhenti.

9) Inversi:
Pembalikan susunan kata.
contoh: Sihat badan, wajah berseri.

10) Simile/perbandingan:
Kiasan yang membandingkan dua benda yang berbeza tetapi ada persamaan. Penggunaan prkataan bak,seperti dan umpama.
contoh: wajahnya pucat seperti mayat.

11) Pengulangan/repitasi:
Mengulang perkataan yang sama dalam satu ayat.
contoh: tenaga pemuda tenaga bererti.

12) Aliterasi:
Pengulangan konsonen.
contoh: membina bilik tempat berteduh. (pengulangan konsonen m).

13) Asonansi:
Pengulangan huruf vokal.
contoh: menjelajah dari setiap padang. (pengulangan vokal a).

14) Personafikasi:
Merujuk bahasa yang memberikan sifat manusia sesuatu benda.
contoh: Pokok kelapa itu melambai-lambai ke arahnya.

15) Metafora:
Bahasa kiasan:
* tidak menggunakan kata-kata bandingan.
* terdiri daripada konsep logik dan abstrak.
contoh: Lautan fikirannya. ( bermaksud mempunyai banyak ilmu).

16) Hiperbola: Perbandingan yang tidak logik atau melampau.
contoh: cinta kepadanya cinta juttaan bungaan.

17) Lain-lain:
Simpulan bahasa, isitlah sains, dialek, istilah matematik.

Comments

Popular Posts