Pantun Patriotik 4 Kerat
Buka lampu nampak terang,
walaupun hari masih siang,
beranikan diri dalam perang,
jangan biar dijajah orang.
Nampak gadis berbaju kebaya,
sopan anggun sungguh jelita,
pertahankan bangsa dan negara,
untuk generasi yang muda.
Generasi muda generasi harapan,
segala rintangan sanggup ditentang,
demi negara sanggup berkorban,
jasa baktimu akan dikenang.
Hari Jumaat ada usrah,
belajar berbual tentang agama,
menuntut kemerdekaan bukanlah mudah,
hargailah jasa pejuang merdeka,
Rumah terbakar panggil bomba,
ada perompak panggil polis,
satu bangsa satu negara,
jangan kita bersikap rasis.
Jadilah pelajar yang bitara,
agar menjadi pelajar PERMATA,
generasi belia harapan negara,
menjana perpaduan pengukuh nusa.
Ayam berkokok dipagi hari,
pergi mandi tepi perigi,
pertahankan bangsa dan generasi,
jangan biar diserang lagi.
Bulan Ogos 31 hari,
hari terakhir amat bermakna,
marilah kita pergi merai,
pergi beramai menyambut merdeka.
13 Mei pergaduhan kaum,
hancur musnah jangan biarkan,
benda buruk jangan dihadam,
jangan contohi jadikan teladan.
Pantun ke-10 pantun terakhir,
harap terhibur harap terbaik,
penderitaan lama kini berakhir,
terus kekalkan semangat patriotik.
walaupun hari masih siang,
beranikan diri dalam perang,
jangan biar dijajah orang.
Nampak gadis berbaju kebaya,
sopan anggun sungguh jelita,
pertahankan bangsa dan negara,
untuk generasi yang muda.
Generasi muda generasi harapan,
segala rintangan sanggup ditentang,
demi negara sanggup berkorban,
jasa baktimu akan dikenang.
Hari Jumaat ada usrah,
belajar berbual tentang agama,
menuntut kemerdekaan bukanlah mudah,
hargailah jasa pejuang merdeka,
Rumah terbakar panggil bomba,
ada perompak panggil polis,
satu bangsa satu negara,
jangan kita bersikap rasis.
Jadilah pelajar yang bitara,
agar menjadi pelajar PERMATA,
generasi belia harapan negara,
menjana perpaduan pengukuh nusa.
Ayam berkokok dipagi hari,
pergi mandi tepi perigi,
pertahankan bangsa dan generasi,
jangan biar diserang lagi.
Bulan Ogos 31 hari,
hari terakhir amat bermakna,
marilah kita pergi merai,
pergi beramai menyambut merdeka.
13 Mei pergaduhan kaum,
hancur musnah jangan biarkan,
benda buruk jangan dihadam,
jangan contohi jadikan teladan.
Pantun ke-10 pantun terakhir,
harap terhibur harap terbaik,
penderitaan lama kini berakhir,
terus kekalkan semangat patriotik.
Legend
ReplyDeleteGood. 👍
ReplyDeleteBestt
ReplyDelete