Latihan Bahasa Komunikasi minggu 7
Ulasan Sukan
Andaikan anda seorang pengulas sukan. Buat satu ulasan selari dalam satu pertandingan sukan dengan menggunakan laras sukan yang sesuai. Persembahkan ulasan selari tersebutdengan intonasi yang betul.
" Nampaknya, pemain Pahang yang memakai jersi nombor 17 sudah menghampiri gol pasukan Selangor, dan YAAAA!! Pasukan Pahang berjaya merampas bola daripada pihak lawan. Oh, oh, nampaknya bola sudah kembali pada pasukan Selangor. GOLLL!! Salah seorang pemain pasukan Pahang telah secara tidak sengajanya menjaringkan gol di pihaknya sendiri. Nampaknya, kini pasukan Selangor sudah mendahului 1 mata dengan berjaringkan gol pasukan Pahang sendiri."
Laras Bahasa Iklan
Huraikan ciri-ciri laras bahasa iklan. Sertakan beberapa contoh yang menggunakan laras bahasa iklan yang menarik.
- berbentuk pemberitahuan fakta
- maklumat yang disampaikan dengan ringkas tetapi terperinci
- ayat ringkas dan pendek - (banyak menggunakan kata adjektif)
- bahasa yang digunakan bersifat imaginatif dan kreatif
- Menggunakan retorik pukukan dan bahasa pengaruhan - (bertujuan untuk memujuk dan mempengaruhi pengguna)
- terdiri dari pelbagai saiz yang biasanya disokong oleh gambar-gambar produk atau barangan
- disertai lukisan grafik, ilustrasi dan sebagainya.
- mempunyai slogan
- tidak mementingkan tatabahasa
Contoh laras bahasa iklan yang menarik
- 'Membantu Anak Anda Membesar Untuk Masa Depan yang Cemerlang'
- 'Cepat, Mudah, Mesra'
- Percuma,sebiji lampu suluh bermutu tinggi dengan setiap pembelian minyak Rainbow 3 liter
- 'Beli Satu, Percuma Satu'
- "Cubalah Nasi Ayam McD hari ini "
Comments
Post a Comment