Jurnal Harian

Pada hari ini, sudah genap setahun saya menjadi pelajar Kolej PERMATApintar Negara. Sepanjang tempoh masa ini, macam-macam yang telah saya lalui. Lagi-lagi bersama rakan sekelas saya. Tanpa mereka semua, saya rasa perjalanan saya di PERMATApintar ini tidak lengkap. Kalau tiada Haresh, tiadalah orang yang lebih advance daripada kami. Tanpa Edmond kerja-kerja IT akan susah. Tanpa Vinesh tiada orang yang nak buat lawak hambar. Tanpa Azzam, tiada orang yang nak sentapkan kami. Tanpa Afiq, tiada orang yang nak support Azzam. Tanpa Hafiz, tiada orang yang nak ajar Maths. Tanpa Tengku, tiada orang yang nak tolong tarik kerusi dalam bilik SV. Tanpa Afiqah, tiada  orang yang nak ajar saya Maths samapai 2 pagi. Tanpa Batrisyia, tiada orang untuk dikecam sebab nyanyi tak sedap T^T. Tanpa Athirah, tiada orang nak inform maklumat kat kami. Tanpa Munirah, tiada orang yang ada tulisan selawa dia dah. Tanpa Saffa, tiada orang nak merepek dalam kelas dah. Tanpa Yasmin, tiada seorang pun batch perempuan kami yang muda setahun. Tanpa  Anisah, tiada orang yang nak bagi tarbiah sentap dah. Jadi, kalau hilang seorang pun rakan sekelas saya, perjalanan saya tidak akan lengkap. Mereka semua sangat penting. Walaupun kelas kami yang paling banyak bergaduh, kami sebenarnya perlukan antara satu sama lain. Pergaduhan itu yang membuatkan kami lagi rapat. Terlalu banyak kenangan manis dan pahit saya bersama mereka semua. Andai kata satu hari nanti kelas kami dirombak, suasana akan berubah, lain daripada sekarang. Antara kenangan manis adalah sewaktu kami membuat prototype untuk Hey, I'm Not a Rubbish. Senang kata, semua kenangan yang kami lalui bersama sangat bermakna. Tiada satu pun yang saya akan lupakan. Saya harap ahli kelas 5k2 yang akan datang masih sama dengan ahli kelas 1k2.

Gambar pertama yang officially full
Semanis Madu

"idea siapa lah ni"  
Last Class dengan Miss Fairuz

Hari Anugerah

"Bat lawa (emoji bulan)"

Rakan susah senang

Comments

Popular Posts