Latihan Cakap Ajuk & Pindah

Tulis semula perbualan di bawah ke dalam bentuk karangan biasa dengan menggunakan cakap
pindah.

Latihan 1:
"Bagaimana dengan rancangan awak ?" tanya Salleh.
“ Rancangan apa? “ jawab Ani.
“ Rancangan mendaki gunung yang awak kata pada saya tempoh hari, “ kata Salleh.
“ Oh, itu akan dibincangkan dalam mesyuarat Sabtu depan. “ jelas Ani.
“ Bagus Ani, bagus. Saya sokong rancangan itu ! “
Ani tersenyum puas apabila mendengar kata-kata sahabat karibnya itu

Jawapan:
Salleh bertanya kepada Ani tentang apa rancangannya. Kemudian, Ani menjawab seakan-akan tidak tahu jawapan kepada soalan Salleh tadi. Salleh menyambung, dia menyatakan bahawa soalannya tentang rancangan mendaki gunung yang telah Ani katakan kepada Salleh tempoh hari. Lalu, Ani menyatakan bahawa rancangan itu akan dibincangkan dalam mesyuarat pada Sabtu hadapan. Tanpa banyak cakap, Salleh terus menyokong Ani. Senyuman terukir di bibir Ani sebaik sahaja mendengar kata-kata sahabat karibnya itu.

Latihan 2:
“Ani tak ada sapa-sapa. Ani sorang.......”
“Ani tak boleh tinggal sini. Di sini bahaya,” kata Tuk Yahya sambil meneliti mata belolok anak itu.
“Ani tak ada sapa-sapa,” rengek Ani lagi.
“Ya, Tuk Yahya tahu.........”
“Ani tak mahu tinggal di rumah lagi .Nanti bom jatuh lagi. Datuk tak ada, datuk tak ada”,jelas anak itu hampir meraung.
“Ani ada Tuk Yahya, Ani ada comot,” pujuk Tuk Yahya.

Jawapan:
Tuk Yahya menasihatkan Ani bahawa dia tidak boleh tinggal di rumah itu lagi. Ani tinggal berseorangan. Tuk Yahya sangat risaukan akan keselamatannya. Tambah Ani lagi, dia tidak mempunyai peneman. Ani menyatakan bahawa dia tidak mahu tinggal di situ lagi. Katanya nanti bom jatuh lagi. Tambah Ani lagi, bahawa Atuk tiada. Ulangnya dua kali. Kemudian, Tuk Yahya cuba untuk memujuk Ani lagi, kali ini dengan menjua namanya dan comot pula.

Latihan 3:
“Salim, mengapakah awak kelihatan muram sahaja?” tanya Nizam.
“Pagi tadi, Cikgu Khairul bertanyakan saya tentang yuran peperiksaan yang masih belum saya bayar,” beritahu Salim dengan perasaan sayu.
“Eh, bukankah awak mendapat biasiswa! Mengapakah kamu tidak gunakan duit tersebut untuk membayar yuran?” tanya Nizam dengan perasaan hairan.
“Duit biasiswa itu telah saya gunakan untuk perbelanjaan rawatan abang saya yang dimasukkan ke hospital baru-baru ini,” jelas Salim.
“Oh begitu! Salim, saya cadangkan awak berjumpa dengan Cikgu Khairul dan jelaskan perkara yang sebenarnya,” kata Nizam.
“Tapi, saya takutlah Nizam. Cikgu Khairul tu garang sangat,” kata Salim......

Jawapan:
Nizam bertanya kepada Salim mengapa dia nampak seperti murah sahaja. Lalu Nizam menjawab, hal pagi tadi merupakan penyebabnya. Iaitu tentang yuran peperiksaan yang masih belum dijelasknnya telah diungkit oleh Cikgu Khairul pada pagi tadi. Kemudian, Nizam bertanya lagi dengan nada yang hairan. Nizam bertanya bahawa bukankah Salim telah mendapat tajaan biasiswa dan mengapa dia tidak menggunakan duit itu untuk membayar yurannya. Salim menjelaskan bahawa dia telah menggunakan duit itu untuk membayar kos rawatan abangnya. Kemudian, Nizam menasihatkan Salim untuk berjumpa dengan Cikgu Khairul untuk membincangkan tentang hal ini. Bagaimanapun, cadangan Nizam ditolak oleh Salim kerana Salim takut untuk bersua dengan Cikgu Khairul.

Latihan 4:
Mawi : Wah, sedap betul mi ini. Apa namanya ?
Felix: Mi Pedas.
Mawi: Yalah ,minya pedas.Memang pedas......... tapi apa namanya ?
Felix: Mi pedas. Si Dolah tu kata namanya Mi Pedas.
Mawi: Oh begitu, jadi kau masuk ke kedai ini sengaja nak makan Mi Pedaslah?
Felix: Yalah. Kan aku dah janji nak belanja kau dulu.Inilah dia.

Jawapan:
Mawi menyatakan kesedapan mi itu kepada Felix. Lalu, Mawi bertanya kepada Felix tentang nama mi itu. Lalu Felix menjawab "mi pedas". Kemudian, Mawi tidak tahu itu namanya dan menyangka bahawa mi pedas itu adalah satu kenyataan. Lalu, dia bertanya lagi apa nama mi itu. Kemudian, Felix mengulang lagi perkataan mi pedas itu, tetapi kali ini bersama penerangan bahawa mi pedas itu merupakan namanya. Tanya Mawi kepada Felix lagi, bahawa dia bawa Mawi ke kedai itu hanya untuk makan mi itu ke. Lalu, Felix menjawab, ya, menandakan setuju kerana dia telah berjanji dengan Mawi sebelum ini untuk belanjanya makan di situ.

Latihan 5:
Norhayati ......: Syikin, mengapa Syikin tidak datang ke sekolah semalam?
Norasyikin.... : Syikin minta maaflah. Semalam Syikin ada hal di rumah.
Norhayati ......: Apa halnya? Ceritakanlah kepada Yati. Andainya susah, sama-samalah kita tanggung. Bukankah kita sudah lama berkawan?
Norsyikin ......: Sebenarnya ibu Syikin sakit.

Jawapan:
Hayati bertanya kepada Syikin mengapa dia tidak hadir ke sekolah semalam. Kemudian, Syikin meminta maaf lalu menjawab bahawa dia ada hal yang timbul di rumah. Hayati menyuruh Syikin menceritakan masalahnya kepada Hayati. Hayati dan Syikin telah lama berkawan, jadi masalah yang mereka hadapi selalu ditanggung bersama. Lalu, Syikin berkata bahawa ibunya sedang sakit.

Tulis semula petikan di bawah dalam bentuk cakap ajuk. Anda dikehendaki mengekalkan susunan isi dalam petikan ini.

Latihan 1:
Kamariah berkata kepada Aziz dan Samad bahawa negara Malaysia memang banyak mempunyai tempat menarik untuk dikunjungi. Pendapatnya itu disokong oleh samad dengan mengatakan bahawa negara ini mempunyai pantai-pantai yang bersih dan hutan semula jadi yang indah. Aziz pula menyatakan kehairanannya tentang ramai orang Malaysia yang masih suka melancong ke luar negara seperti ke Indonesia, Thailand, Singapura dan negara-negara Eropah. Kamariah menyetujui pandangan itu. Samad berpendapat mungkin keadaan ini berlaku kerana kurangnya promosi untuk menarik pelancong tempatan melancong di dalam negeri. Aziz bersetuju dengan pendangan Samad itu. Kamariah pula mencadangkan supaya pihak swasta seperti pusat-pusat pelancongan tempatan memberi potongan harga istimewa kepada pelancong tempatan yang mengunjungi pusat percutian mereka. Samad pula mengatakan bahawa di samping itu, kesedaran rakyat Malaysia tentang faedah melancong di dalam negeri perlu ditanam dalam diri. Kamariah dan Samad mengiakan pendapat itu.

Jawapan:
Kamariah: Aziz, Samad, tahukah anda bahawa negara Malaysia mempunyai banyak tempat yang menarik untuk dikunjungi.
Samad: Betul itu. Di negara Malaysia terdapat banyak pantai yang bersih dan hutan semula jadi yang indah untuk dikunjungi.
Aziz: Walaupun begitu, tetapi mengapakah masih ramai rakyat Malaysia yang lebih suka melancong ke luar negara seperti Indonesia, Thailand, Singapura dan negara-negara Eropah?
Kamariah: Saya pun berasa hairan juga sebenarnya.
Samad: Mungkin ini kerana Malaysia jarang mempromosikan tempat-tempat pelancongan dalam negeri yang menarik untuk dikunjungi.
Aziz: Betul-betul.
Kamariah: Saya rasa sepatutnya pihak swasta seperti pusat pelancongan tempatan sepatutnya memberikan potongan harga yang istimewa kepada pelancong tempatan seperti kita jika kita mengunjungi pusat pelacongan mereka.
Samad: Selain itu, rakyat Malaysia sepatutnya memupuk kesedaran dalam diri tentang kebaikan melancong dalam negeri.
Kamariah: Saya setuju.
Aziz: Bena sekali pernyataan kamau itu, Samad.

Latihan 2:
Mak Limah bertanya arah tujuan suaminya setelah melihat suaminya itu dalam keadaan tergesa-gesa hendak keluar. Pak Usop mengatakan bahawa dia hendak berjumpa dengan ahli-ahli jawatankuasa Koperasi Maju. Mak Limah mencadangkan agar suaminya makan nasi dahulu walaupun sibuk dengan kerja kerana dia takut suaminya akan berasa lapar . Pak Usop memberitahu isterinya bahawa dia hendak meletakkan jawatan sebagai pemandu bas koperasi itu. Mak Limah bertanya cara suaminya hendak mendapatkan pekerjaan sekiranya dia berhenti kerja. Pak Usop menjelaskan bahawa dia hendak memohon pinjaman daripada pihak MARA untuk membeli sebuah bas.

Jawapan:
Mak Limah: Abang nak ke mana itu? Tergesa-gesa saya tengok.
Pak Usop: Abang nak pergi jumpa dengan ahli-ahli jawatankuasa Koperasi Maju.
Mak Limah: Makanlah nasi dulu bang. Nanti sibuk sangat kerja tak sempat pula makan.
Pak Usop: Abang nak berhenti kerja daripada menjadi pemandu bas koperasi itu.
Mak Limah: Habistu nanti abang nak kerja apa kalau berhenti nanti?
Pak Usop: Lepas ni, abang nak mohon pinjaman daripada pihak MARA untuk beli sebuah bas.

Comments

Popular Posts