Sambutan Hari Raya

Pada 28 June 2018, sambutan Hari Raya telah diadakan di Pusat PERMATApintar Negara. Sambutan ini bertujuan untuk meraikan umat Islam yang telah berpuasa selama sebulan sepanjang bulan Ramadan. Sambutan ini melibatkan pelajar PERMATApintar dan pelajar ASASIpintar serta guru - guru dan barisan pentadbir.

Seawal jam 830 pagi, pelajar-pelajar sudah mula memenuhi kanopi yang berada di hadapan auditorium Pusat PERMATApintar Negara. Semua yang hadir kelihatan sungguh menawan menggayakan baju raya masing-masing. Sambutan dimulakan dengan ucapan pendek dari Prof Noriah binti Mohd Ishak selaku pengarah Pusat PERMATApintar Negara. Sambutan diteruskan lagi dengan sesi menjamu selera. Kemudian disusuli dengan persembahan dari wakil setiap batch. Para guru dan pihak pentadbir juga tidak melepaskan peluan untuk menunjukkan bakat masing-masing. Sambutan kemudiannya diteruskan lagi dengan acara yang ditunggu-tunggu iaitu sesi bergambar. Masing - masing tersenyum manis memandang kamera yang dihalakan kepada mereka. Hujan renyai yang turun tidak menghalang pelajar daripada bergambar bersama rakan-rakan. Setelah selesai sesi bergambar, semua orang beransur pulang ke rumah dan asrama masing-masing. Majlis berakhir pada waktu tengah hari bagi memberi ruang kepada muslimin untuk menunaikan solat Jumaat.

Akhir sekali, saya berharap agar sambutan tahun hadapan lebih meriah. Saya juga berharap agar lebih banyak meja dan kerusi yang disediakan di masaakan datang, memandangkan tempat duduk amatlah terhad.

Comments

Popular Posts