Kesan Penggunaan Telefon Pintar
Pada masa ini, telefon pintar dianggap sebagai satu trend gaya hidup para remaja, tidak kira sama ada dari golongan atasan atau kelas pertengahan. Tidak dinafikan bahawa gajet atau telefon pintar ini telah mempengaruhi cara masyarakat mengendalikan urusan seharian mereka. Namun, adakah penggunaan telefon bimbit ini memberikan kesan yang baik kepada masyarakat terutamanya golongan remaja ?
Antara kebaikan telefon pintar ialah gajet ini boleh dijadikan sebagai alat perhubungan. boleh menghubungi sesiapa sahaja melalui talian telefon bimbit. Mereka juga boleh menggunakan system pesanan ringkas (SMS) dan sistem pesanan multimedia (MMS). Hal ini membolehkan pesanan disampaikan dengan mudah dan cepat. Di samping itu, hal ini dapat merapatkan hubungan antara manusia kerana seseorang dapat menghubungi sesiapa sahaja dan pada bila-bila masa. Sebagai contoh, telefon pintar membolehkan ahli keluarga yang berjauhan berhubung antara satu sama lain untuk bertanya khabar berita dan secara tidak langsung hubungan silaturrahim antara ahli keluarga dapat diperkukuhkan lagi. Tambahan pula, kita juga boleh menggunakan telefon pintar ini untuk bertanyakan hal-hal yang berkaitan pelajaran. Misalnya,rakan-rakan rapat boleh di hubungi dengan segera walaupun kita tidak dapat berada di dalam kelas. Secara tidak langsung,semua perkara penting yang di sampaikan oleh para guru dan pensyarah dapat di ketahui dengan cepat dan mudah serta hubungan dengan rakan-rakan juga akan menjadi erat dan bertambah mesra.
Selain itu, penggunaan telefon pintar juga dapat membantu seseorang mendapatkan informasi terkini. Telefon pintar juga boleh dijadikan sebagai alat untuk melayari internet. Pada masa kini, penggunaan internet amat penting kepada para pelajar bagi membuat kajian atau menyiapkan tugasan yang diberikan oleh pensyarah atau guru masing-masing. Oleh itu, dengan kemajuan dan kecanggihan telefon pintar ini, golongan remaja boleh melayari internet dengan menggunakan gajet mereka di mana-mana sahaja dan pada bila-bila masa, malah sesuatu maklumat yang diperlukan boleh di akses dengan cepat dan mudah.
Telefon pintar juga boleh dijadikan sebagai alat hiburan untuk merehatkan minda. Dengan memiliki telefon pintar, kita dapat mendengar lagu dan menonton video kegemaran pada bila-bila masa dengan cara memuat turun video kegemaran di laman sesawang dengan pantas. Gajet ini juga mempunyai pelbagai aplikasi permainann yang mengikut gaya masa kini. Aplikasi permainan ini amat disukai oleh golongan remaja bagi mengisi masa lapang mereka atau selepas menyiapkan tugasan mereka.
Walaupun, telefon mudah alih ini memberi kebaikan kepada penggunanya, namun keburukannya tetap wujud apabila berlaku penyalahgunaan teknologi ini. Antara keburukan telefon pintar ialah gajet telefon pintar ini boleh mengganggu pelajaran malah akan memberi peluang kepada remaja untuk mengakses laman pornografi dan menyebabkan berlakunya aktiviti-aktiviti sumbang dalam kalangan remaja serta membawa kesan atau implikasi yang negatif kepada masyarakat sekeliling. Tambahan pula penggunaan telefon pintar dalam kalangan pelajar akan mendatangkan pembaziran wang kerana terpaksa untuk menambah nilai kos kredit yang tinggi pada setiap bulan yang sepatutnya boleh digunakan untuk perkara yang lebih berfaedah.
Selain itu, aplikasi hiburan yang disediakan dalam gajet telefon pintar ini boleh mendatangkan impak yang negatif sekiranya golongan remaja terlalu taksub. Hal ini boleh dilihat apabila ramai di kalangan remaja sering mengabaikan pelajaran dan kurang mengulang kaji pelajaran mereka kerana terlalu fokus kepada alat teknologi ini. Sebagai contoh, mereka lebih memilih untuk melayari laman sesawang pada setiap masa seperti Facebook, Twitter, Instagram dan sebagainya daripada melakukan perkara yang lebih berfaedah untuk diri dan masa depan mereka.
Kesimpulannya, penggunaan telefon pintar dalam kalangan remaja memberikan seribu satu faedah kepada sesiapa sahaja yang menggunakannya, tetapi sebagai pengguna kita perlu bijak menggunakan gajet atau alat yang dicipta dalam dunia serba canggih ini dengan cara yang betul. Jika tidak digunakan untuk kebaikan, perkara ini mampu merosakkan masa depan dan fikiran remaja itu sendiri. Sewajarnya, golongan remaja yang merupakan tonggak negara pada masa hadapan lebih bijak dalam memikirkan pro dan kontra sesuatu perkara sebelum melakukannya bak peribahasa tepuk dada tanya selera

Comments
Post a Comment