Peperiksaan Percubaan SPM Negeri Johor

Soalan 3: Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa

(a) Tulis satu ayat bagi setiap kata di bawah supaya jelas menunjukkan anda faham maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataanitu sebagai peribahasa atau nama khas.

(i) pesan
"Jangan lupa basuh tangan sebelum makan", pesan ibu kepada adik.
(ii) memesan
Abu memesan set daging merah bersama nasi putih berserta segelas jus tembikai.
(iii) berpesan
Ali sempat berpesan kepada adiknya supaya tidak nakal sebelum dia meninggalkan adiknya di rumah jirannya.
(iv) lipat
Kain itu telah saya lipat.
(v) melipat
Adik menolong ibu melipat baju di ruang tamu.
(vi) berlipat
Baju itu sudah berlipat.

(b) Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian anda dikehendaki menggabungkan ayat-ayat berikut menjadi tiga ayat.

Malaysia menjadi destinasi tarikan pelancong kerana mempunyai beberapa buah pulau yang indah. Kerajaan telah berusaha dengan gigih untuk mempromosikan Malaysia dengan mengadakan kempen Tahun Melawat Malaysia. Kerajaan Malaysia juga menganjurkan pertandingan sukan bertaraf antarabangsa supaya banyak pelancong datang ke Malaysia.

(c) Dalam setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

(i) Kami bersepakat untuk mengisi perut yang kosong di Restoran Nasi Kandar Kapitan yang sangat popular itu sebelum memulakan lawatan ke Pulau Pinang.
(ii) Gelandangan yang berpakaian compang-camping itu menarik perhatian orang ramai yang berada di situ.
(iii) Rakyat Malaysia ternyata kurang bersenam dan beriadah, seyogia hanya 25 peratus sahaja yang terbabit dalam aktiviti tersebut.

(d) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan
satu kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap
ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan penggunaan kata atau
istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

(i) Ibu mereneh sup ayam selama beberapa jam sebelum dihidangkan di atas meja.
(ii) Demonstrasi jalanan itu benar-benar telah memburukkan imej negara pada kalangan pelancong asing yang mengunjungi kawasan tersebut.
(iii) Semua pelajar digalakkan melayari laman sesawang Kementerian Pendidikan Malaysia untuk mendapatkan maklumat tentang kemasukan ke universiti.

(e) Nyatakan maksud bagi peribahasa yang diberikan di bawah.

(i) Bagai itik pulang petang.
Maksud: Orang yang berjalan lambat.
(ii) Buangkan yang keruh, ambil yang jernih.
Maksud: Lupakan perkara atau peristiwa yang tidak baik dan ambil yang baik-baik sahaja
(iii) Tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas.
Maksud: Adat yang tidak berubah, sesuatu yang tetap utuh.

Comments

Popular Posts