Jurnal Harian

   Hari ini, saya bangun sahur seperti biasa. Kemudian, saya pergi menunaikan solat fardhu subuh secara berjemaah di dewan serbaguna. Selepas solat subuh, kami membaca al ma'thurat. Selepas itu, saya naik ke bilik lalu menyambung tidur buat seketika XP... Kemudian, saya bangun untuk bersiap ke kelas.

  Subjek pertama pada hari ini ialah pendidikan agama islam. Kami menunggu ustazah tiba, tetapi rupa-rupanya ustazah tidak hadir. Kemudian, kami ke kelas bahasa inggeris yang berdekatan. Kami membuat latihan berdasarkan buku yang cikgu pinjamkan. Selepas itu, saya dan beberapa orang pelajar pergi ke bilik Dr. Rorlinda untuk mendapatkan bantuan persekolahan KPM. Ianya bernilai sebanyak RM100.

  Kemudian, kami terus menuju ke kelas sejarah Cikgu Hafizah, tetapi cikgu Hafizah cuti bersalin jadi ada seorang cikgu baru yang menggantikannya. Iaitu, Cikgu Hikmah. Cikgu Hikmah baik, dan seronok belajar dengannya. Selepas itu, kami ke muzik. Kami ada ujian mengejut. Dato' tak bagitahu apa-apa pun. Dato' menulis soalan ujian tersebut di papan putih tetapi ada jawapan di tepinya.(emoji gelak). Ujian itu tidaklah susah mana pun.

  Selepas itu, kami pulang ke bilik pada waktu rehat tengah hari. Apabila azan zuhur berkumandang, saya masih tidur, tetapi Afiqah, iaitu jiran sebelah bilik saya. Saya berterima kasih kepada Afiqah kerana mengejutkan saya. Lalu, saya pun pergi ke dewan serbaguna dengan Afiqah. Selepas solat zuhur, kami membaca al ma'thurat sekali lagi.

  Selepas itu, kelas kimia. Kami juga belajar dengan guru baharu iaitu cikgu Suhana. Cikgu itu agak garang pada mulanya, tetapi sebenarnya baik. Cikgu memberi markah peperiksaan kepada kami. Saya mendapat B- ... T^T... sedihhhh.. marakah paling rendah yang saya dapat. 61%.. T^T. Baru je target nak paling rendah B solid.. huhuhu.. takpelah.. mungkin ini kerana saya selalu bermain di dalam kelas.. Uhukss.. Selepas itu merupakan kelas Biology. Miss Fairuz tidak dapat hadir kerana anaknya demam panas. Jadi kami hanya buat kerja sendiri di dalam makmal bio. Selepas itu, kami pulang ke bilik masing-masing.


~TAMAT~

Comments

Popular Posts