Jurnal Harian ~
Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Hari ini tak seperti biasa kerana saya terlewat bangun sahur. Saya tersedar pada jam 5 pagi itu pun sebab roommate saya yang kejut. Kalau tak kerana dia saya pasti tak bangun subuh. Hari ni sahur kurang sedap.. Sebab nasi goreng dengan ayam goreng je.. tak pelah.. kena bersyukur.. lepas itu, saya pun bersiap untuk solat subuh.
Selepas solat subuh, saya melelapkan mata seketika kemudian terus bersiap ke kelas. Kelas pertama pada hari ini ialah S.Dev. Hari ini di bilik gerakan pelajar.. Kami belajar tentang Program Khidmat Masyarakat. Kami dibahagikan kepada 4 kumpulan. Kami perlu membuat satu aktiviti seprti kerja amal.. Kami berbincang sehinggalah kelas tamat. Kemudian, kami ke matematik. Hari ini matematik seronok lah jugak sebab latihan yang cikgu bagi agak mudah.. hehehe.. Selepas itu, waktu rehat.
Selepas rehat, kami ada kelas research, kami hanya buat pre test sahaja.. Selepas itu, kami ke kelas Fizik. Sebelum cikgu memberitahu markah peperiksaan kami, cikgu ada bertanya, "nak tahu tak markah exam". Saya pun menjawab, "nak!!!!, saya redha dengan keputusan saya cikgu, takpe". Tetapi apabila cikgu menunjukkan markah exam kami, saya menjerit ( emoji gelak ).. sebab saya dapat C+. Saya ingatkan paling rendah B-... tetapi.. T^T ... saya mendapat jepun A+, bahsa melayu A, bahasa inggeris A-, kimia B+.. Kesimpulannya, fizik markah saya yang paling teruk. huhuhu.. Kemudian, kami bincang jawapan soalan tersebut sehingga kelas tamat.
Selepas itu waktu rehat. Selepas tamat waktu rehat, baru saya teringat bahawa saya terlupa untuk pergi ke perjumpaan zakat. TIDAKKKKK!!!!!!. tetapi apa kan daya, benda dah lepas. Kemudian, saya dan Afiqah pergi menghantar refleksi di blok pensyarah kemudian pergi menyemak markah PAI kami. Kami lepak kejap dalam bilik unstazah kerana sejuk. hehehe. Selepas itu, kami terus ke makmal komputer untuk mebuat jurnal.. Inilah jurnalnya.. Sekarang, saya nak ke bazaar Ramadhan dulu. Bai.
Comments
Post a Comment