Soalan Percubaan Negeri Johor 1

(a) Tulis satu ayat bagi setiap frasa di bawah supaya jelas menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan serta menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.

(i)proses 
Proses untuk menghasilkan baja sangat mudah dan ringkas.
(ii) memproses 
Mesin itu sedang memproses daging untuk menghasilkan menghasilkan kepingan burger.
(iii) pemprosesan 
Pemprosesan daging itu sedang dijalankan di dalam bilik itu.
(iv) tafsir 
Aminah membeli senaskhah Al-Quran dan Tafsir di kedai buku berdekatan dengan rumahnya.
(v) tafsiran 
Tafsiran Al-Quran yang dibacakan oleh Ustaz Kassim sangat jelas dan mudah untuk difahami.
(vi) pentafsiran
Tidak semua orang dapat melakukan pentafsiran dengan betul.

(b) Kenal pasti ayat-ayat perintah di bawah sama ada ayat tersebut ayat perintah suruhan, ayat perintah larangan, ayat perintah silaan atau ayat perintah permintaan. 

(i) Makanlah kuih raya ini dahulu. - ayat perintah suruhan
(ii) Usah bertanya ke mana aku pergi. - ayat perintah larangan
(iii) Jemputlah hadir ke majlis pertunangan kami. -ayat perintah silaan
(iv) Tolong hantarkan makanan itu sebelum tengah hari. -ayat perintah permintaan
(v) Jangan ambil wang haram. - ayat perintah larangan
(vi) Awak siapkan karangan itu sekarang. -ayat perintah suruhan

(c) Dalam setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

(i) Azizi mempercepatkan kayuhan agar cepat sampai ke sekolah kerana takut didenda guru.
(ii) Ahli-ahli persatuan belia diingatkan agar menepikan perbezaan pendapat demi
mewujudkan perpaduan yang menjadi moto belia se Malaysia.
(iii) Para ilmuan sedang berbincang tentang cara untuk meningkatkan hasil negara dalam bidang komersial.

(d) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin petikan itu semula.

i) Pengambilan pekerja mengikut jantina dalam organisasi itu berdasarkan had yang
ditetapkan oleh syarikat.
ii) Pelajar diharapkan supaya bersabar kerana pihak pentadbiran sekolah akan membaiki masalah kerosakan tandas itu dengan segera.
iii) Pisang goreng Kak Kiah habis dimakan oleh ketiga-tiga orang budak itu.

(e) Berikan maksud peribahasa di bawah ini.

(i) Seperti kaca terhempas ke batu -Sangat sedih dan kecewa
(ii) Rumah sudah pahat berbunyi - rungutan setelah kerja siap dilakukan kerana kerja-kerja yang dilakukan tidak sempurna.
(iii) Pisang tak akan berbuah dua kali - perkara sama tidak akan berulang dua kali

Comments

Popular Posts