Soalan Percubaan Negeri Johor 2
a) Tulis satu ayat bagi setiap perkataan di bawah supaya jelas menunjukkan bahawa anda faham
akan perbezaan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan,
menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.
(i) pakai - Baju yang Munirah pakai sangat cantik.
(ii) memakai - Ali dimarahi oleh guru disiplin kerana tidak memakai stokin ke sekolah.
(iii) terpakai - Barangan yang dijual di kedai itu kebanyakannya adalah barangan yang terpakai.
(iv) susun - Cikgu Aishah mengarahkan kami untuk menyusun kasut sebelum masuk ke perpustakaan.
(v) menyusun - Disebabkan Amir tidak meyiapkan tugasan yang diberikan olah guru, dia perlu menyusun meja di dalam kelas itu supaya tersusun.
(vi) tersusun - Buku di rak itu sangat tersusun.
b) Kenal pasti jenis ayat perintah sama ada ayat perintah silaan, ayat perintah larangan, ayat perintah suruhan atau ayat perintah permintaan.
(i) Jangan buang sampah di sini. - ayat perintah larangan
(ii) Sila serahkan buku-buku latihan itu ke bilik guru. - ayat perintah silaan
(iii) Awak siapkan tugasan yang diberikan itu sekarang. - ayat perintah suruhan
(iv) “Tak usah kauambil tahu akan hal aku lagi,” kata Azura kepada Zainal. - ayat perintah larangan
(v) “Tolong hantarkan bekalan makanan ini kepada ayah yang sedang berehat itu,” pinta Zeety. - ayat perintah permintaan
vi) “Jemputlah makan yang terhidang itu,” kata Farid kepada tetamu yang hadir itu. - ayat perintah silaan
c) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan penggunaan ejaan dan satu kesalahan imbuhan.
(i) Kementerian Pendidikan mendapati bahawa pelaksanaan dasar bahasa Inggeris dalam mata pelajaran sains dan matematik perlu dikaji semula untuk memperbaiki kelemahan yang timbul.
(ii) Jabatan Pengangkutan Jalan akan menguat kuasakan undang-undang dari semasa ke semasa untuk mendisiplinkan pengguna jalan raya terutama pada musim perayaan.
(iii) Keruntuhan akhlak dalam kalangan remaja mengakibatkan ramai remaja tersebut terjebak dengan gejala gengsterisme.
d) Dalam setiap ayat di bawah ini, terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikanlebih daripada satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan kesalahan tatabahasa.
(i) “Apakah menu yang dihidangkan oleh tukang masak dalam hotel itu?” tanya para peserta pertandingan memasak yang dianjurkan oleh hotel tersebut.
(ii) Bapa saudaranya memperoleh pendapatan yang agak lumayan hasil jualan pisang goreng yang dijual olehnya.
(iii) Seorang pegawai tinggi syarikat itu telah didakwa di mahkamah atas pertuduhan melelapkan wang syarikat tersebut.

e) Baca ayat-ayat di bawah dengan teliti. Kemudian nyatakan maksud peribahasa yang sesuai.
(i) sediakan payung sebelum hujan. - bersedia sebelum terlambat
(ii) bagai isi dengan kuku. - sangat karib
(iii) ikut resmi padi semakin berisi semakin tunduk. - semakin berilmu/tinggi semakin tunduk (tidak sombong).
Comments
Post a Comment