Latihan Minggu 8 :)

Secara berpasangan, bicangkan format, ciri dan laras bahasa yang digunakan
  1. Surat kiriman rasmi
  2. Taklimat
  3. Laporan
  4. Mini mensyuarat 
  5. Berita
Surat Kiriman Rasmi


Format :-

  • Ditujukan kepada penggunaan bahasa mengikut bidang-bidang tertentu dan berdasarkan konteks dan situasi tertentu.
  • Laras berubah-ubah mengikut situasi. Laras bahasa yang berbeza mempunyai kepentingan yang tersendiri dalam fungsi perlakuan sosialnya
  • Menggunakan laras bahasa yang formal
  • Mempunyai nama pengirim, alamat pengirim
  • Satu garsian panjang selepas alamat pengirim
  • Di bawah garisan panjang, ditulis nama , alamat penerima dan tarikh sebaris dengan barisan alamat penerima yang terakhir.
  • Mempunyai pendahuluan,empat isi dan penutup
  • Disusuli denga kata panggilan hormat
  • Tajuk surat (semua huruf besar)
  • Yang benar, beserta tanda tangan, jawatan dan nama (penulis surat)
Laras bahasa surat kiriman rasmi :-

Laras bahasa sastera


Ciri :-

Formal. Bertujuan untuk menyatakan hal-hal sekolah, kerja dan sebagainya. Bahasa yang digunakan adalah padat dan ringkas. Ia ditulis dengan menggunakan bahasa baku.


Taklimat


Format :-

  • Dimulakan dengan pemberitahuan tajuk
  • Kata alu-aluan diberi selepas menyatakan tajuk taklimat.
  • Pemberi taklimat kemudiannya memberi pengenalan dan ringkasan taklimat dan memberitahu isi taklimat.
  • Setelah melontarkan semua isi kepada audiens, pemberi taklimat pula meutup taklimat dan membuka ruang untuk sebarang pertanyaan.

Laras bahasa taklimat :-

Menggunakan laras bahasa yang sesuai dengan tajuk taklimat.


Ciri :-

Mesej yang disampaikan bertujuan untuk memberitahu atau mempengaruhi audiens. Akan ada satu sesi soal jawab yang diadakan bersama audiens. Bentuk komunikasi bersemuka tetapi melibatkan sasaran yang ramai yang berlaku ditempat awam.

Laporan


Format:-
  • Mempunyai tajuk dan isi
  • Tandatangan, nama dan jawatan pelapor perlu disertakan di dalam kategori pengakuan pelapor
  • Tarikh pengakuan pelapor juga hendaklah disediakan

Comments

Popular Posts