Ucapan BM
Assalamualaikum w.b.t,
Yang berbahagia, Prof Datuk Dr. Noriah binti Ishak, Prof Madya, Dr Hji Arif, Dr. Rorlinda bintiYusof, Encik Mior bin Muhammad Saiful Nizam, cikgu-cikgu, dan rakan-rakan sekalian. Selamat pagi saya ucapkan
Saya nurin qistina bt azhar, daripada 1k2 ingin mengongsikan
satu isu yang agak hangat pada masa kini.
Baru-baru ini di Canberra, Australia seorang pengacara
program televisyen Today Extra terbitan Channel Nine di Australia, Sonia
Kruger, menggesa kerajaan untuk berhenti menerima pendatang muslim. Keadaan itu menyebabkan beliau bertegang
leher dengan seorang lagi hos bersama, David Campbell. Kruger membuatkan
Campbell dan hos Lisa Wilkinson tidak selesa selepas berkata mahu melihat
kedatangan umat Islam ke Australia dihentikan sekarang kerana mahu berasa lebih
selamat. Ketika program tersebut
berlangsung, Sonia telah ditanya adakah dia mahu untuk sempadan Australia
ditutup untuk orang muslim, dan dia menjawab “Ya”. , Andrew Bolt, menyokong
pandangan Kruger dengan menambah mengenai militan yang menjadikan Perancis
sebagai 'medan perang paling berdarah di Eropah' kerana 'ia membenarkan ramai
umat Islam memasuki negara itu.' "Kita bodoh jika tidak mengubah dasar
imigresen untuk melindungi diri sendiri," tulis Bolt. Kruger berkata:
"Secara peribadi saya rasa Andrew Bolt betul kerana ada kaitan antara
bilangan umat Islam di negara itu dan jumlah serangan pengganas. ." Bekas
hos siri realiti Dancing With The Stars itu menambah, beliau mempunyai ramai
rakan Islam yang cintakan keamanan dan baik tetapi ada juga yang fanatik.
Katanya, di Jepun cuma ada 174 juta penduduk termasuk 100,000 umat Islam dan
'anda tidak pernah mendengar serangan pengganas di Jepun.' "Secara
peribadi saya mahu melihat kedatangan umat Islam ke Australia dihentikan kerana
mahu berasa selamat seperti rakyat lain apabila keluar meraikan sambutan dan
mahu melihat kebebasan bersuara," katanya. Bagaimanapun, beliau dibantah
Campbell yang berkata beliau juga mahu melihat kebebasan beragama selain
kebebasan bersuara. "Ini menyemai kebencian. Artikel seperti ini menyemai
kebencian," kata Campbell.
Seperti yang kita
boleh lihat di sini, masih terdapat sesetengah orang yang masih bersifat rasis
terhadap bangsa dan agama. Namun begitu, ada juga yang bertimbang rasa, dan
adil. Akhir kata, harapnya dapatlah semua orang menghormati setiap orang dan
pilihan yang dibuat oleh mereka.
Sekian
wabillahhitaufik walhidayah, wassalamualaikum warahmatullahhiwabarakatuh.
Comments
Post a Comment