Latihan Tatabahasa bahagian 2 set 1
Tulis dua ayat bagi setiap perkataan di bawah supaya jelas menunjukkan bahawa anda faham akan perbezaan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh mem berikan imbuhan pada perkataan tersebut.
1) Dingin
1) Dingin
- Adik berasa dingin terhadap abang kerana telah merosakkan alat permainannya.
- Cuaca pada hari ini sangat dingin di Pahang.
2) Diam
- Qaisarah menyuruh rakan-rakannya untuk diam kerana dia mahu belajar.
- Dalam diam, Mira menyimpan hasrat untuk menjadi pereka fesyen yang terkenal.
3) Haus
- Adik terpaksa berpuasa setengah hari sahaja kerana terlalu haus.
- Tapak kepada kasut kakak yang baru sahaja dibeli telah pun haus.
Tukarkan ayat pasif di bawah kepada ayat aktif tanpa mengubah maksud asalnya.
Tarian zapin ditarikan oleh kumpulan penari Warisan Negeri Johor itu dengan lemah gelamai mengikut alunan rentak dan iramanya.
- Kumpulan penari Warisan Negeri Johor itu menarikan tarian zapin dengan lemah gelamai mengikut alunan rentak dan iramanya.
Seorang pemain diberi kad kuning oleh pengadil perlawanan bola sepak itu kerana mengasari lawan.
- Pengadil perlawanan bola sepak memberi seorang pemain kad kuning kerana mengsari lawannya.
Dua kilogram langsat dibeli oleh Syakirah di sebuah dalam perjalanannya pulang ke Muar.
- Syakirah membeli dua kilogram langsat di sebuah gerai dalam perjalanannya pulang ke Muar.
Dalam setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Kenal pasti kesalahan-kesalahan itu dan betulkan dengan menulis ayat itu semula tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya.
Shazwan menghadiahkan ibunya seutas jam tangan kerana meraiekan ibunya yang baru sahaja dinaikkan pangkat.
- Shazwan menghadiahi ibunya seutas jam tangan kerana meraikan ibunya yang baru sahaja dianikkan pangkat.
Proses pengtinan nenas yang dijalankan di kilang itu menggunakan teknologi tinggi dari negara Jepun.
- Proses pengetinan nanas yang dijalankan di kilang itu menggunakan teknologi tinggi dari negara Jepun.
Kakak selalu menggunakan losyen melembab muka sebelum dia tidur.
- Kakak selalu menggunakan losen pelembab muka sebelum dia tidur.
Comments
Post a Comment