Soalan 3: Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa
LATIHAN PENGUKUHAN TATABAHASA 2018
(a) Tulis satu ayat bagi setiap perkataan di bawah supaya jelas menunjukkan bahawa anda faham akan perbezaan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.
(i) pulang
Ali dimarahi ibunya kerana pulang lewat ke rumah.
(ii) pulangan
Abu mendapat pulangan yang lumayan daripada pelaburannya.
(iii) memulangkan
Kasim masih belum memulangkan baju yang dipinjamnya tempoh hari.
(iv) mansuh
Peraturan itu mansuh sejak 4 tahun yang lepas.
(v) pemansuhan
Pemansuhan tol pada tahun 2020 telah mendapat tentangan hebat dari banyak pihak.
(vi) memansuhkan
Pihak kerajaan telah memansuhkan beberapa peraturan yang kurang relevan.
(b) Tulis semula perbualan di bawah dalam bentuk karangan biasa dengan menggunakan cakap pindah.
Kumar menegur Daniel dan bertanya tentang tempat yang ingin ditujuinya. Daniel berkata dia tidak ke mana-mana, cuma hendak mengambil angin sebentar. Kumar menyatakan kekagumannya dan memuji kehebatan Daniel menjawab semua soalan fizik sebentar tadi. Daniel menafikannya dan mengatakan bahawa perkara tersebut biasa sahaja baginya. Kumar bertanyakan rahsia Daniel yang semakin bijak dan memintanya berkongsi rahsia tersebut. Daniel menyatakan bahawa dia tidak mempunyai apa-apa rahsia, cuma mengulangkaji pelajaran dan belajar dengan abangnya sahaja.
(c) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan dari segi imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan dari segi imbuhan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.
(i) Pasar raya besar itu meletakkan papan tanda khas bagi memudahkan pelanggan mereka membeli produk keluaran Industri Kecil dan Sederhana (IKS).
(ii) Pengalaman luas dalam bidang perakaunan menjadi batu loncatan kepada wanita tersebut untuk menerajui syarikat konglomerat yang tersohor itu.
(iii) Kumpulan jurutera tersebut berlepas ke Jerman pada minggu lalu untuk mendalami kemahiran menggunakan jentera berteknologi tinggi dalam industri cari gali minyak.
(d) Dalam ayat-ayat di bawah terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan bahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.
(i) meluas = menyeluruh
ibu bapa awasi = diawasi oleh ibu bapa
(ii) merempuh = menempuh
di = pada
(iii) pemberian = pendermaan
supaya = untuk
(e) Isi tempat kosong di bawah dengan menggunakan peribahasa yang sesuai dengan maksud ayat tersebut.
Sekolah merupakan institusi formal yang mampu melahirkan modal insan yang akan memajukan negara. Bagi mencapai matlamat ini, guru-guru hendaklah menjalin hubungan yang erat dengan murid-murid di samping bekerjasama bagai bagi aur dengan tebing Selain itu, mereka perlulah berusaha dengan gigih dan rajin untuk menempa kecemerlangan kerana hendak seribu daya tak hendak seribu dalih. Sebagaimana yang diketahui, resepi kejayaan seseorang murid ialah permuafakatan antara guru dengan ibu bapa dalam melaksanakan pelbagai program untuk meningkatkan prestasi murid-murid dalam akademik. Apabila bermuafakat, sesuatu kejayaan mudah diperoleh kerana bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat.

Comments
Post a Comment