Journal Harian

       Hari ni saya bangun tidur macam biasa, dalam jam 6:20 umtuk menunaikan solat subuh. Selepas sudah menunaikan solat subuh, saya mandi dan bersiap untuk bersarapan sebelum ke kelas. Selepas itu, saya terus ke blok pentadbiran untuk perhimpunan pagi. Kebiasaannya, perhimpunan diadakan di dewan serbaguna, tetapi kerana masalah elektrik dan keadaan dewan yang tidak berapa bersih, kami terpaksa mengadakan perhimpunan di situ. Perhimpujnan berakhir lebih kurang jam 9 pagi, dan kami terus menuju ke kelas.

      Kelas kami yang pertama pada hari ini adalah kimia. Kami, dengan segeranya menuju ke makmal kimia kerana takut terlewat. Di kelas kimia, cikgu memberikan kami kertas jawapan peperiksaan beserta markah yang belum lagi ditukar menjadi peratus. Saya hanya mendapat 34/50. Pada mulanya saya berasa sangat lecewa dan sedih kerana saya rasa markah saya teruk, tetapi semua kawan berkata yang markah saya tidaklah teruk mana pun sebab ada yang lagi rendah. Saya berasa agak lega, dan malam ini, baru sahaja tadi, saya menelefon ibu saya dan memberitau markah kimia saya. Ibu saya berkata yang saya telah buat dengan baik sekali kerana itu nerupakan kali pertama saya belajar dan mengambil peperiksaan kimia. Hati saya bertambah lega dan gembira. Untuk matematik pula... sangat mendukacitakan kerana saya memperolehi 38/60. Saya berasa teramat sedih. Kebanyakan 30% kecuaian 30% memang salah 40% betul. Sangat sedih. Apabila saya memberitahu ibu saya, dia berkata bolehlah tu. Takdelah teruk sangat. Pada masa itu saya berasa "Ya Allah, untungnya saya mendapat ibu dan bapa seperti ini, sentiasa menyokong saya" :) ...

   Pada petang itu, saya dan beberapa oranng rakan saya pergi berenang daripada jam 1700 hingga 1830. Bukan sahaja kami yang berenang, malah akak-akak senior yang lain juga turut serta begitu juga dengan felo. Pada masa itu, saya berasa agak gembira dan seronok kerana saya tidak reti berenang, tetapi sudah boleh berenang sikit-sikit kerana saya menghadiri kelas renang saya yang pertama pada hari Ahad bulan Januari, di PERMATA. Saya berasa sangat seronok kerana kali pertama berenang.

    Pada malam ini, kami solat maghrib dan isya' berjemaah di dewan serbaguna. Kerosakan dewan telah dibaiki dan boleh kembali digunakan. Selepas menunaikan solat maghrib, seorang ustaz dan beliau juga merupakan seorang felo. Selepas selesai ceramah beliau, kkami menunaikan solat fardhu isya' secara berjemaah. Kemudian kami semua pergi ke kelas prep masing-masing. Pada waktu prep, kami menyiapkan tugasan yang diberikan oleh cikgu-cikgu yang mengajar kami, dan sebelum pulang dari prep kami sekelas membaca surah Al-Mulk.

Comments

Popular Posts