Journal Harian
Hari ni saya sebaik sahaja bangun dari tidur, saya terus pergi gosok gigi dan ambil air wudhuk dan terus bersiap untuk solat subuh. Selepas solat subuh, seperti hari lain, saya akan bersiap untuk sarapan dan ke kelas tetapi hari ini perhimpunan diadakan di dewan serbaguna. Perhimpuan berjalan dengan lancar seperti biasa. Sesudah perhimpunan, kami terus ke kelas pertama kami pada pagi itu iaitu sejarah.
Saya berasa agak takut kerana cikgu ingin menyerahkan kertas peperiksaan kami. Apabila saya menerima kertas saya, saya sangat gembira kerana saya mendapat markah yang agak tinggi, iaitu, bahagian A : 13/20. bahagian B : 5/5. bahagian C 16/20. Setakat ini, subjek sejarah adalah markah tertinggi yang saya perolehi. Alhamdulillah. Mungkin boleh dapat A-atau A solid. Haraplah tinggi. Amin. Kemudian, kami bincang jawapan bersama cikgu untuk menyemak sama ada cikgu ada tersalah tanda atau tidak. Kemudian, kami ada kelas Biology. Kami bergegas ke Makmal Biology kerana takut terlewat. Apabila kami sampai, Miss memberikan kami kertas periksa. Saya agak kecewa dengan markah yang saya dapat kerana saya mendapat 29/ 50. Bahagian B yang paling rendah kerana kebanyakan jawapan tidak menggunakan kata kunci yang tepat, tetapi saya redha, kerana apa yang saya dapat adalah berdasarkan apa yang saya usaha, dan markah itu tidaklah teruk sangat.
Kemudian, kami menghadiri kelas muzik. Pada hari ini, ada seorang cikgu lelaki yang menggantikan Dato'. Kami belajar cara menggunakan rekorder dan kami juga belajar beberapa jenis lagu menggunakan rekorder dan kami diuji seorang demi seorang untuk memastikan sama ada kami meniup not-not yang terteentu dengan betul atau tidak. Selepas itu, cikgu tersebut memainkan beberapa buah lagu menggunakan alat muzik seeperti keyboard kecil dan gambus. Bunyinya sangat sedap. Kami terlalu fokus semasa cikgu mengajar hinggakan tidak sedar yang rupa-rupanya telah masuk waktu rehat tengah hari.
Pada petang ini, saya sanggup mengorbankkan masa untuk bermain hoki demi menyiapkan karangan Bahasa Melayu yang bertajuk " Peranan Kerajaan dan Rakyat dalam Menangani Virus Pemyakit Berjangkit Zika", tetapi saya tidak sempat menyiapkannya pada waktu petang jadi saya sambung pada waktu prep. Alahmdulillah, siap juga karangan saya. Sebelum pulang dari prep, kami membaca Surah Al-Mulk beramai-ramai dan kelas pun bersurai.

Comments
Post a Comment