Journal Harian
Pagi ini saya tidak sempat untuk bersarapan kerana saya terbangun agak lewat. Saya tersedar pada jam 0650. Saya pergi ke bilik mandi dan terus mandi lalu mengambil wuduk dan terus qada' solat subuh kerana saya rasa waktu subuh pada masa itu telah habis. Kemudian dengan segeranya saya ke perhimpunan pagi di dewan serbaguna.
Setelah selesai perhimpunan pagi, murid yang memberi nama untuk pertandingan spell it right perlu tunggu sebentar untuk menulis nama pada sehelai kertas. Selepas menulis nama, kami segera ke foyer kerana kami tahu bahawa kami sudah lewat untuk ke kelas. Kebiasaannya, kelas jati diri diadakan di situ, tetapi pagi tadi, foyer kosong, tiada seorang pun di situ. Kemudian, saya dan Yasmin mencari di mana mereka mengadakan kelas tetapi tidak jumpa. Kemudian, saya menelefon Tengku dan dia berkata bahawa kelas di hadapan blok pensyarah. Kami bergegas ke sana. Tidak lama selepas itu, saya membuka whatsapp dan baru perasan yang ada murid beritahu bahawa kelas di hadapan blok pensyarah. "Kenapalah saya tak buka dari awal".
Kemudian kamai pergi ke kelas bahasa inggeris. Cikgu memberikan kami kertas periksa lalu menyemak jawapan bersama-sama. Saya berasa sungguh gembira, kerana berjaya memperolehi 85% peratus. Alhamdulillah. Bersyukur sangat. Kemudian kami ke makmal bahasa untuk kelas bahas melayu. Semasa kami di makmal bahasa, rakan kami dari kelas lain menelefon ketua kelas dan menyuruh kami ke dewan serbaguna sekarang juga, kerana unifom sekolah kami telah sampai. Kami semua bersorak gembira lalu meninggalkan makmal bahasa. Setibanya kami di dewan, kami terus mengambil baju kami dan mencubanya. Selepas selesai mencuba dan jikalau kami berpuas hati dengannya, kami perlu menandatangani kertas nama untuk menandakan bahawa kami telah mengambil baju unifom tersebut.
Pada waktu malam pula kami menunaikan solat maghrib dan isya' secara berjemaah seperti biasa di dewan serbaguna. Kemudian, selepas solat isya' kami perlu tunggu kerana ada "roll call". Ada beberapa maklumat penting yang disampaikan oleh Cikgu Fazil. Antaranya tentang duit. Selepas ini, seorang murid hanya dibenarkan memegang duit RM 20 sahaaja padanya perminggu dan yang lain serahkan kepada guru kelas untuk disimpan. Selepas itu, semua bersurai. Murid perempuan bekumpul di "compound" untuk membaca Surah Al-Mulk. Selepas itu, semua pulang ke bilik masing-masing.

Comments
Post a Comment