Jurnal Harian
Hari ini, ada program bersama seorang pencaramah. Beliau menyuruh kami mebawa laptop. Setibanya kami di audiorium, kami menghidupkan laptop kami dan buka laman web kahoot.it!, tetapi wifi agak perlahan jadi hanya sesetengah orang sahaja yang boleh menyertai permainan Kahoot.it! tersebut.
Terdapat tiga pusingan kahoot tersebut. Saya tidak menyertai permainan yang pertama tetapi hanya yang kedua dan ketiga. Permainan tersebut sangat seronok, tetapi selepas permainan ketiga, bateri netbook saya hanya tinggal 6%. Saya terus mematikan netbook saya. Kemudian, beliau mengajar kaami cara untuk membuat permainan Kahoot.it sendiri. Kemudian, beliau juga menunjukkan cara untuk membuat animasi. Tidak lama selepas itu, program tamat.
Hari ini bukan hari yang biasa kerana hari ini sebenarnya........................ Hari lahir saya!! Ramai yang mengucapkan selamat hari lahir kepada saya. Saya beraasa sangat gembira. Bukan sahaja asas 1 malah asas 2 dan tahap 2 juga mengucapkan kepada saya.
Pada petang ini, saya ke stadium pada jam 5:30 untuk beermain sofbol. Saya merupakan pemain sofbol sekolah rendah saya. Sudah hampir setahun saya tidak bermain sofbol kerana mempunyai peperiksaan UPSR padaa tahun lepas. Setibanya saya di stadium pada jam lebih kurang 5:40, pada masih lagi kosong. Tiada seorang pun di padang. Setelah menunggu lebih kurang 5 minit, saya pun pergi duduk di suatu tempat yang agak dekat dengan stadium dan blok asrama perempuan. Setelah menunggu di situ hampir sepuluh minit, kak Aliah Sofea, asas 2,memanggil saya dari tingkap biliknya. Dia berkata dia juga hendak pergi bermain sofbol. Jadi, saya pun pergi ke padang bersamanya. Setibanya kami di sana, jurulatih sudah ada di situ jadi saya pun ambil glove dan bola lalu bermain hingga petang.
Dalam perjalanan pulang ke aasrama,saya terserempak dengan ibu bapa Yasmin dan mereka memberi sedikit sagu hati sebagai hadiah kerana tidak tahu bahawa hari ini hari lahir saya. Kemudian, saya pun meneruskan perjalanan pulang.

Comments
Post a Comment