Jurnal Harian :3

Pada beberapa hari yang lepas, pihak kolej telah menganjurkan program 'Hey, I'm not a rubbish'. Ianya bertempat di auditorium selepas pelajar lelaki menunaikan solat Jumaat. Untuk pelajar asas, seperti kami, kami perlu mencipta satu protoype untuk setiap kelas yang diperbuat daripada bahan kitar semula. Manakala pelajar tahap pula perlu menyediakan satu video setiap kelas yang mengajar kita untuk menghargai alam dan kitar semula.

Kelas pertama adalah kelas 1k1. Mereka membuat prototype yang dipanggil 'Easy Attendance'. Ianya diperbuat daripada penutup botol air. Saya tidak berapa faham apa fungsi alat tersebut. Kemudian, ianya kelas kami, iaitu 1k2. Kami membuat prototype yang sangatlah simple, iaitu lampu tidur yang hanya diperbuat daripada botol yogurt dan lampu suluh. Kemudian, kami menghiasnya dengan mewarnainya badan botol tersebut dengan krayon. Ianya kelihatan sangat cantik dalam gelap. Kemudian disusuli dengan kelas 1k3. Mereka membuat prototype yang bernama kincir air. Ianya diperbuat daripada botol air dan kadbod. Ianya tidak berfungsi dengan agak baik dan telah membasahkan penttas sedikit. Selepas itu, disusuli dengan asas 2 dan asas 3.

Sebenarnya, kami berselang-seli menunjukkan hasil karya kami dengan pelajar tahap.Video pelajar tahap 1 agak bosan sedikit kerana ada yang lari tajuk dan agak biasa. Tetapi berlainan dengan tahap 2. Video mereka sangat menarik dan lawak, juga menepati tema. Selepas kesemua kelas telah menunjukkan hasil karya mereka, tamatlah program tersebut.

Pada harii Isnin selepas program tersebut berlangsung, mereka mengumumkan pemenang untuk asas dan tahap. Tempat pertama untuk asas adalah.... (drum rolls)......  1k2!!!. Semua orang tidak menjangkakan bahawa kami akan menang, begitu juga dengan saya, kerana projek kami adalah projek saat akhir yang sangatlah simple. Kemudian, bagi tahap pula, kelas tahap 2 yang menag, tetapi saya tidak ingat kelas yang mana satu. Yang pasti kelas itu memang layak untuk menang.

SEKIAN, TERIMA KASIH.

Comments

Popular Posts