Jurnal Harian XD
Kem koko. Pada hari jumaat petang hingga hari Sabtu petang, kami terlibat dalam kem koko mengikut unti berunifom masing-masing. Saya unit kadet polis. Fasilitator yang terdiri daripada pelajar UKM yang menguruskan unit kadet polis.
Pada hari Jumaat itu, kami diserahkan kepada fasilitator selepas majlis perasmian. Pada mulanya, saya agak takut kerana kesemua fasi tersebut kelihatan seperti sangat garang. Selepas sesi suai kenal, kami dibahagikan kepada beberapa kumpulan mengikut fasi yang diberi oleh kem komander. Saya merupakan ahli kumpulan pertama. Ahli kumpulan saya ialah, Yasmin, Husna, saya, Kak Arfa, Kak Sabrina, Kak Aliah Sofea, Farees, Ubaidah, Andy, Arman.
Pada hari berikutnya, kami disuruh untuk berada di dewan serbaguna pada jam 6:45 pagi untuk senam robik. Hanya unit kami yang perlu bangun awal. Manakala, unit lain bermula pada jam 8 pagi. Selepas senam robik, kami dilepaskan untuk makan pagi kemudian berkumpul semula di dewan serbaguna. Kami berlatih kawad dari pagi hingga tengah hari. Kemudian, mereka memberitahu bahawa setiap kali mereka meniup wisel semua orang harus meniarap tidak kira di mana kami berada ketika itu. Kemudian, pada petang itu, kami ada merentas kampus sejauh 5 kilometer. Kami bermula dari dewan serbaguna, kemudian ke rumah tumbuhan dan kawasan perumahan dan surau UKM dan sehingga ke canselory. Kemudian, kami patah balik. Perjalanan yang sangat memenatkan, tetapi sebenarnya seronok.
Pada malam itu, kami ada sukaneka antara rumah sukan. Ada acara tarik tali, blind fold,jalinan kasih dan banyak lagi, dan tamat pada jam lebih krang 1 pagi. Sangatlah penat. Pada keesokan harinya, seperti biasa, kami perlu hadir di dewan serbaguna pada jam 6:45 pagi, tetapi saya terlajak tidur sehingga jam 7:10 minit pagi. Yasmin, iaitu salah seorang ahli kumpulan saya,datang untuk mengejutkan saya, Setibanya saya di dewan serbaguna, saya ingat saya akan dimarahi, tetapi sebenarnya mereka hanya melepaskan saya kerana ini merupakan hari terakhir.
Pagi itu ada majlis penutupan. Selepas majlis penutupan selesai, kami, ahli kadet polis diminta tunggu oleh fasi kami. Kami membuat majlis perpisahan, bergambar, menyanyi dan akhir sekali sesi bersalaman. itulah masa yang paling sedih kerana saya berharap kem ini tidak berakhir kerana sangat seronok.
Ini merupakan kem yang paling seronok saya pernah sertai. Walaupun kena bangun awal, tekan tubi, kawad, dan merentas kampus, semua itu hanya untuk menjadikan kami berdikari dan berdisiplin. Saya berharap dapat menyertai kem tersebut lagi pada tahun hadapan.

Comments
Post a Comment