Jurnal Harian XP
Pada beberapa hari yang lepas, pihak Kolej PERMATApintar Negara telah menganjurkan hari sukan. Program tersebut berlangsung dari pagi hingga malam. Pelbagai acara yang dipertandingkan. Antaranya acara lumba lari, lontar peluru,lompat tinggi, kawad kaki. Saya merupakan ahli rumah sukan Ruby. "Eh kejap, ape?" "R.U.B.Y. Yeahh!" Ya, itulah kami. Ruby yang sehati sejiwa.
Pada pagi Selasa itu, semua rumah sukan sedang sibuk menghias rumah sukan masing-masing agar kelihatan cantik. Rumah RUBY menggunakan tema 'spooky' seperti halloween. Kami menggantunkan hiasan kelawar, labah-labah dan macam-macam lagi sehingga membuatkan khemah kami kelihatan cantik. Kami sudah membuat banyak persiapan untuk hiasan khemah kerana ingin memenangi anugerah khemah tercantik. Kemudian, acara yang pertama pun bermula. Iaitu acara lumba lari. Tidak lama selepas itu, ada beberapa trak makanan datang. Saya pergi membeli air di salah satu trak tersebut. Airnya agak mahal tetapi sebenarnya sedap. Acara larian berakhir pada waktu zohor.
Selepas zohor pula, acara lontar peluru dan acara lumba lari. Saya tidak menyertai acara tersebut, jadi hanya menyokong sahajalah. Pada petang itu pula, tibalah acara saya sebagai wakil,iaitu lompat tinggi. Satu-satunya acara yang saya terlibat. Sudah setahun saya tidak menyertai lompat tinggi. Kali terakhir waktu hari sukan sekolah rendah saya pada tahun lepas. Saya berjaya melepasi peringkat yang pertama pada cubaan ketiga. Manakala rakan serumah saya tidak berjaya. Hanya Ruby sahaja yang menghantar asas 1 sebagai wakil iaitu saya dan Hamiezah. Pada peringkat seterusnya saya hampir berjaya, tettapi malangnya palang itu jatuh. Saya mendapat tempat keempat. Bagi sya itu sudah cukup bagus kerana bukan senang utnuk melepasi palang tersebut.
Selepas solat maghrib, ade acaraa lumbaa lari peringkat akhir dan acara sukaneka bersama pelajar PERMATAinsan dari USIM. Pelajar mereka lari dengan laju sekali semasa berlawan dengan pelajar kami dan berjaya menewaskan kami. Tetapi sebenarnya saya rase biasa sahaja kerana pelajar kami sudah penat bersukan dari pagi. Dan acara seterusnya disusuli dengan acara sukaneka. Sukan berterusan sehinngga jam 12:20 pagi. Eh tak. Lambat lagi kot. Tak ingat dah. (emoji gelak).
Selepas tamat acara, tibbalah majlis penyampaian hadiah. Rumah pertama Topaz, kedua Emerald, ketiga Ruby dan keempat Sapphire. Setelah selesai majlis penyampaian hadiah, majlis pun bersurai.

This comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDelete