Jurnal Harian :)

Pada hari yang sama dengan hari Ahad yang lepas iaitu sewaktu hari terakahir kem koko tersebut, ada seorang penceramah datang untuk memberikan ceramah motivasi sebelum majlis penutupan kem koko berlangsung.

Pada mulanya, beliau memberikan setiap pelajar satu belon, dan saya memang tidak selesa setiap kali nampak belon. Lagi-lagi yang telah ditiup. Ini kerana ada seperti ketakutan atau fobia terhadap belon, terutama yang telah ditiup. Apabila sudah mendapat belon, saya berrharap sangat-sangat bahawa beliau tidak akan menyuruh kami meniup belon tersebut, tetapi apa kan daya, apa yang saya mahu elakkan itulah yang dia nak buat.

Saya cuba untuk mengelakkan daripada meniup belon tersebut, tetapi, katanya WAJIB. T^T. Saya orang yang terakhir meletupkan belon tersebut. Saya menangis sambil meniupnya kerana terlalu takut. Tidak lama selepas itu... "BOOM!!!''. Belon saya akhirnya meletup. Rasa strress semua hilang. Rasa berbaloi pun ada. Selepas semua belon meletup, beliau meneruskan ceramahnya dan menyuruh kami duduk semula. SEKIAN.

Comments

Popular Posts