Hari Ibu dan Jurnal Harian. (eh gabunglah) XD




Happy Mother's Day. Kepada semua ibu di seluruh dunia. Selamat Hari Ibu, ibu! Nurin sayang ibu. (cia cia cia). Love u. Miss u. Bubbye.
Hari ini merupakan Hari Ibu. Saya bangun pagi tadi, lepas tu terus menelefon ibu saya untuk mengucapkan selamat hari ibu. Sebenarnya semalam saya dah ucapkan kepada mak dan nenek saya semasa menelefon mak saya pada malam semalam. Saya sangat rindu akan ibu saya kerana kali terakhir berjumpa dengannya pada cuti panjang bulan Mac dulu. Saya tersangatlah rindu akan ibu dan bapa saya.

Selepas itu, saya pun ber'wasap' dengan ayah saya, tetapi ayah saya sedang tidur dan ibu saya yang membalasnya. HAHAHA, PADAN MUKA SAYA. KANTOI. Sebenarnya selepas menelefon mak saya, dia menyuruh saya untuk mandi dan mengulang kaji, tetapi sebaliknya saya ber 'wasap' (XP). Selepas itu pun saya pun mandi dan bersarapan. Selepas itu saya menghidupkan komputer riba saya untuk menghabiskan menonton video sejarah yang diberikan oleh Cikgu Hafizah. Video itu berdurasi selama 3 jam. Saya menontonnya sehingga waktu 'lunch'.

Selepas lunch, saya pergi melepak seketika di bilik Balqis bersama Athirah sehingga pukul 2. Kemudian, saya menunaikan solat zohor. Selepas itu, saya menyambung menonton video tersebut. Video itu terlalu lama dan agak membosankan sehingga membuatkan saya terlelap. Saya mengulang lebih kurang 3 kali bahagian yang sama kerana itu merupakan bahagian yang agak penting dan saya tertidur, tetapi "APA KAN DAYA" (lagu P.Ramlee, dendang perantau) (gurau) mata dah mengantuk, saya pun tertidur dan masih tidak dapat menonton bahagian tersebut.

Selepas itu, saya membuka telefon lalu nampak ada satu 'missed call' daripada budak mana tah. Gurau gurau. Budak itu adalah Yasmin. Saya menelefonnya semula, dan apabila dia menjawabnya, dia pun berkata "Tiada apa-apa". And I be like "membazir kredit je -_-".  Kemudian, saya pun sambung tengok video tersebut. Tiba-tiba ada orang mengetuk pintu bilik saya. Apabila saya membukanya, rupa-rupanya Yasmin. Dia ingin memberikan saya air "ice blended". Saya menjemput dia masuk lalu saya juga mengajaknya menonton video sejarah tersebut sekali dengan saya, tetapi sebaliknya, saya membuat jurnal ini, dan sekarang ini dia sedang membuang sampah. Sekian, Terima Kasih.

P/S: SELAMAT HARI IBU. Hugs and kisses from me ;) :3 <3

Comments

Popular Posts