Jurnal~oh~Jurnal
Hari ini, saya menjalani hidup seperti biasa. Pagi kelas, petang kelas Jepun. Kelas jepun bermula pada jam 2:30 setiap Khamis, tetapi hari ini 'sensei' (kami disuruh memanggilnya begitu) lewat sedikit. Sensei masuk ke kelas pada 3:10 macam ittulah, kerana sensei ada hal. Selepas itu, pada jam 3:30, sensei ada kelas dengan tahap 1. Jadi, sensei meminta kami bergabung kelas dengan tahap 1 buat sementara hari itu kerana sensei ingin menunjukkan video lagu jepun yang diibuat oleh anak murid sensei sebelum ini. Tugasan itu hanya untuk tahap 1. Sensei menunjukkan video itu kepada kami kerana kkami juga akan melakukannya, tetapi bukan seawal tahap1, kami perlu membuatnya pada sem seterusnya. Video itu terdiri daripada lagu friends kiroro dan mirai kiroro. Ada juga lagu shin chan dan beberapa lagu yang lain. Selepas menonton video tersebut, kami dibenarkan pulang.
Saya tidak pulang ke bilik, sebaliknya, melepak di kelas prep K1 kerana kelas prep K2 digunakan. Para pelajar tdak dibenarkan naik ke bilik selagi belum 4:30 petang, dan kelas jepun berakhir pada jam 4:15. Jadi saya hanya menunggu. Saya asyik berborak hinggakan tidak menyedari bahawa jam sudah menunjukkan pukul 5. Saya berasa malas untuk pulang ke bilik, jadi saya duduk di situ sehingga jam 5:40 petang. Apabila saya pulang ke bilik, saya cepat-cepat mandi kerana masih belum menunaikan solat fardhu Asar. Selepas solat, saya pun bersiap untuk turun makan. Saya naik ke bilik selepas makan dalam pukul 6:45 petang. Saya baru sahaja sampai di bilik, tiba-tiba, ada orang mengetuk pintu bilik. Rupa-rupanya Afiqah. Dia menyuruh saya ke blok pensyarah untuk berjumpa Miss Fairuz. Sebenarnya semua pelajar asas 1 kena jumpa, tetapi pada jam 5:30 tadi. Mereka ada membuat pengumuman memanggil kami turun di compound, tetapi pada masa itu saya di kelas prep jadi tidak mendengar pengumuman tersebut.
Apabila saya hendak pergi,, hujan tiba-tiba turun dengan lebatnya. Saya pun membawa payung dan pen sekali kerana Afiqah kata kena bawa pen. Semasa saya dalam perjalanan ke blok pensyarah, angin bertiup dengan kuat sekali sehingga menyebabkan payung saya rosak teruk. Saya terus berjalan ke blok pensyarah tanpa menggunakan payung. Setibanya saya di blok pensyarah, saya baru menyedari bahawa pen yang saya bawa tercicir semasa perjalanan ke sini. Saya pun redha jelah. Selepas itu, saya pun terus berjalan ke bilik Miss. Setibanya saya di sana, saya terus menandatangan rekod kehadiran dengan segera. Selepas selesai, saya baru sahaja hendak pulang tetapi, Yasmin, Munirah dan Saffa baru sahaja tiba. Mereka menyuruh saya menunggu mereka. Setelah selesai tanda semua, hujan masih lagi tidak reda dan sebaliknya bertambah teruk. Kami terkandas di bilik Miss daripada jam 6:50 sehingga 7:45 malam. Kami menemani Miss menyiapkan tugasan, saya solat dibilik Miss, sangatlah seronok. Kemudian, apabila hujan sudah reda, kami pun pulang ke bilik untuk mengambil barang lalu terus kelas prep. SEKIAN.

Comments
Post a Comment