Jurnal Harian
Tak tahu kenapa, tetapi,sejak dua menjak ini, saya asyik terfikirkan tentang 'quotes', dan ini merupakan kegemaran saya."Don't change so people will like you. Be yourself and the right people will love the real you". Maksudnya, "jangan berubah semata-mata untuk membuatkan orang lain suka anda. Tetapi sebaliknya, jadilah diri anda yang sebenar dan orang yang menyayangi anda,menyayangi diri anda yang sebenar". Kata-kata ini menyuruh kita untuk menjadi diri sendiri. Walaupun kita menjadi diri sendiri, kita haruslah menjadi diri kita yang terbaik. Kita mengubah diri kita menjadi seorang yang lebih bagus demi kebaikan diri sendiri. Bukannya berubah untuk orang lain. Kita perlu ada identiti sendiri. Sesungguhnya, hanya kita sahaja yang mengenali diri sebenar kita, dan hanya kita sahaja yang boleh mengubah kita menjadi kita semula. Seperti satu lagu 'mat saleh (emoji gelak)' yang bertajuk TRY. Ianya seakan-akan menasihati kita agar menjadi diri kita. Tidak perlu memakai alat solek untuk kelihatan cantik, tidak perlu memakai rambut palsu unttuk kelihatan cantik. Diri kita yang sebenar sudah cukup cantik. Saya sangat suka mendengar lagu tersebut kerana membawa maksud yang baik.
Comments
Post a Comment