Jurnal Harian (outing~)
Hari ni outing!!! Seronok sangat! Bangun pagi, mandi, gosok tudung, pakai tuduung, siap-siap, lepas itu, terus ke Bangi Gateway. Saya, Athirah dan Balqis pergi bersama menaiki kereta mak saudara saya. Kami bertolak pada jam 11 pagi.
Setibanya kami di sana, kaami terus mencari Kak Aliah Sofea kerana telah pun berjanji untuk outing bersamanya. Selepas bertemu dengan Kak Aliah, kami terus pergi membeli makanan kerana masih belum bersarapan. Selepas itu, kami berjalan sambil melihat apa yang dijual. Kak Aliah membeli jam tangan, Athirah membeli gelang, saya membeli lip balm, balqis membeli pin tudung. Kemudian, kami ke Jaya Grocer untuk membeli makanan yang hendak di bawa balik ke asrama. Kami membeli biskut, air, mi segera (shhhhh), bubur dan beberapa makanan lagi. Kemudian kami pun bayar di kaunter bayaran.
Sebelum itu, kami ada singgah di game arcade seketika untuk menghilangkan stress. Saya hanya membeli 3 token. Selepas habis bermain, barulah kami pergi membeli-belah di Jaya Grocer. Selepas itu, kami singgah makan di Sushi King. Kami hanya bercadang unttuk makan hanya satu pinggan seorang, tetapi termakan 2. Itu merupakan kali pertama saya makan di Sushi King. Selepas itu, kami pergi membeli air cool blog. Kami membeli lima cawan kerana ada orang kirim. Sepanjang kami berjalan-jalan, kami bertembunng dengan banyak kumpulan budak PERMATA yang lain.
Selepas itu, kami pergi ke surau untuk menunaikan solatt fardhu Zohor. Selpas itu, kami tidak tahu apa yang patutt kami buat. Jadi, kami hanya merayau di tempatt tersebut kerana mak saudara saya mengambil kami pada jam 3:30. Ada lagi 30 minit. Selepas itu, kami terus menunggu sehingga mak saudara saya sampai dan pulang. SEKIAN.
p/s: saya berjaya menggunakan hanya RM 50 XD
sejak bila aku beli pin tudung ......?
ReplyDeletejarum tuw. yang awk kkongssi ngan thirah
Deletebukan game arcade la. Molly fantasy.. XD. best en kat sana? *kebudak-budakkan*
ReplyDeleteye eh? hahaha... kita masih ribena :P
Delete