Nota Sejarah Tingkatan 2 Bab 2

KEKAYAAN HASIL BUMI MENDORONG CAMPUR TANGAN BRITISH

i. Kekayaan bumi NNM

  • hasil bumi seperti bijih timah, emas, bijih besi dan arang batu
  • kawasan utama bijih timah di Larut dan Kinta (Perak), di Sungai Pahang dan Sungai Lembing (Pahang), di Lukut, Kuala Lumpur , Ampang dan Petaling (Selangor) dan di Sungai Ujong, Negeri Sembilan
  • kawasan utama emas ialah di Ulu Tembeling, Pahang
ii. Revolusi Perindustrian
  • British memerlukan bijih timah untuk perusahaan mengetin makanan
  • NNM perlu dikuasai untuk bekalan bijih timah berterusan
  • NNM sebagai pasaran hasil keluaran kilang

ii. Pembukaan Terusan Suez dan Penciptaan Kapal Wap
  • Terusan Suez dibuka tahun 1869
  • terusan ini menghubungkan Laut Merah dengan Laut Mediterranean
  • ia memendekkan perjalanan dariEngland(Eropah) keIndia, Asia Tenggara danChina
  • penciptaan kapal wap mempercepatkan perjalanan dan dapat membawa muatan lebih banyak
iv. Persaingan Kuasa Eropah Lain
  • abad ke-19 berlaku persaingan kuasa
  • British di India bimbang dengan kuasa Eropah lain di Asia Tenggara
  • British tidak akan membiarkan kepentingannya di NNM diancam oleh kuasa Barat lain seperti Belanda di Hindia Timur (Indonesia), Perancis di IndoChina dan Sepanyol di Filipina

Comments

Popular Posts