Peperiksaan Percubaan SPM Perak
(a) Tulis satu ayat bagi setiap perkatan di bawah untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.
(i) pilih
(ii) pilihan
(iii) pemilihan
(iv) tukar
(v) tukaran
(vi) penukaran
(b) Tukar cakap ajuk dalam petikan di bawah kepada cakap pindah tanpa mengubah maksud asalnya.
“Saya bercadang menyertai pertandingan nyanyian yang dianjurkan oleh sebuah syarikat rakaman,” kata Alia kepada sahabat baiknya Julia.
“Eloklah tu, Alia. Suara awak memang merdu dan patut diketengahkan,” sokong Julia.
“Tapi saya bimbang jika ibu bapa saya tidak mengizinkanya,” ujar Alia.
“Agaknya, macam mana saya hendak bercakap dengan mereka,” Alia meminta pandangan Julia.
“Mudah sahaja, awak katalah awak ada harapan dan dan berjanji akan menjaga diri dan nama baik keluarga,” cadang Julia.
“Bagus juga cadangan awak tu. Baiklah saya akan cuba,” balas Alia.
(c) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan dari segi imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan dari segi imbuhan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.
(i) Deligasi dari luar negara yang menghadiri Seminar Kemanusiaan Sejagat di
Putrajaya diberi cenderamata sebagai tanda ingatan.
(ii) Setiap ibu bapa harus sedar bahawa mereka memikulkan tanggungjawab
mendidik dan menggilap karisme anak-anak menjadi insan yang cemerlang.
(iii) Keuntungan yang menjanjikan melalui skim cepat kaya merupakan pembohongan
pihak penganjur yang ingin mengaut keuntungan berlipatganda.
(d) Dalam petikan di bawah, terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.
(i) Sampah-sarap yang dibuang di dalam sungai itu telah menyebabkan aliran sungai tersangkut dan berbau busuk.
(ii) Aktiviti tolong-menolong membersihkan kawasan kejiranan dapat memupuk semangat perpaduan di kalangan penduduk.
(iii) Pada akhir waktu persekolahan, Cikgu Kamil menerangkan lain-lain faktor yang mengakibatkan kejatuhan Kerajaan Melayu Melaka pada tahun 1511.
(e) Berikan peribahasa yang bersesuaian dengan maksud peribahasa di bawah.
(i) Tidak akan tercapai dengan tidak berusaha kuat
(ii) Kalau takut menanggung kesusahan, janganlah melakukan kerja yang susah.
(iii) Berhati-hati apabila melakukan atau memperkatakan sesuatu.

Comments
Post a Comment