Peperiksaan Percubaan SPM Kedah

(a) Tulis satu ayat bagi setiap kata di bawah supuya  jelas menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak baleh menambahkan imbuhan atau menggunakaan perkataan itu sebagai peribahasa atau kata nama khas.

(i) menatang
(ii) menjinjing
(iii) mengandar

(b) Tukarkan dialog di bawah ini kepada cakap pindah tanpa mengubah maksud asalnya.

Khatijah : Yati, mengapa awak tidak datang ke sekolah kelmarin?
Norhayati : Maaflah saya ada hal di rumah.
Khatijah : Apa halnya? Ceritakanlah pada saya kepada saya. Andai susah sama-samalah kita tanggung.
Norhayati : Sebenarnya ibu saya sakit. Dah seminggu terlantar di hospital.
Khatijah : Oh, begitu! Semoga ibu awak cepat sembuh.

(c) Dalam setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat,anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

(i) Kuih muih yang dihidangkan di atas meja itu adalah untuk tetamu berhormat sahaja,
(ii) Kita perlu menggembeleng tenaga untuk membantu kerajaan menghadkan kemasukan barangan import supaya ekonomi negara meningkat.
(iii) Perdana Menteri telah menitipkan ucapan balasungkawa kepada keluarga mangsa tanah runtuh yang hilang ahli keluarga mereka.

d) Dalam setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatahabahasa. Anda tidak perlu menyalin ayat itu  sernula.

(i) Kejayaan atlet itu yang dimasyhurkan sebagai atlet wanita terbaik telah disambut gembira daripada peminatnya.
(ii) Ibu telah membelikan saya baju baharu di Hasani Pasar Raya kerana Hari Raya Aidilfitri akan menjelma tidak lama lagi.
(iii) Majlis jamuan diraja telah berlangsung selama dua setengah jam di Istana Anak Bukit bersempena ulang tahun keputeraan Sultan Kedah.

(e) Tulis ayat berdasarkan setiap simpulan bahasa di bawah ini supuya jelas menujukkan maksud dan penggunaannya.

(i) tulang belakang.
(ii) anak buah
(iii) mencari jalan

Comments

Popular Posts