Peperiksaan Percubaan SPM Johor

(a) Tulis satu ayat bagi setiap frasa di bawah supaya jelas menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan serta menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.

(i) proses
(ii) memproses
(iii) pemprosesan
(iv) tafsir
(v) tafsiran
(vi) pentafsiran

(b) Kenal pasti ayat-ayat perintah di bawah sama ada ayat tersebut ayat perintah suruhan, ayat perintah larangan, ayat perintah silaan atau ayat perintah permintaan.

(i) Makanlah kuih raya ini dahulu.
(ii) Usah bertanya ke mana aku pergi.
(iii) Jemputlah hadir ke majlis pertunangan kami.
(iv) Tolong hantarkan makanan itu sebelum tengah hari.
(v) Jangan ambil wang haram.
(vi) Awak siapkan karangan itu sekarang.

(c) Dalam setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahanpenggunaan imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

(i) Azizi mempercepatkan kayuhannya agar cepat sampai ke sekolah kerana takut di
denda guru.
(ii) Ahli-ahli persatuan belia diingatkan agar mengenepikan perbezaan pendapat demi
mewujudkan perpaduan yang menjadi moto belia seMalaysia.
(iii) Para ilmuan sedang berbincang tentang cara-cara untuk meningkat hasil negara
dalam bidang komersial.

(d) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin petikan itu semula.

i) Pengambilan pekerja mengikut jantina di dalam persatuan itu berdasarkan had
yang ditetapkan oleh syarikat.
ii) Pelajar diharapkan bahawa bersabar kerana pihak pentadbiran sekolah akan
membasmi masalah kerosakan tandas itu dengan segera.
iii) Goreng pisang Kak Kiah selesai dimakan oleh ketiga-tiga orang budak itu.

(e) Berikan maksud peribahasa di bawah ini.

(i) Seperti kaca terhempas ke batu
(ii) Rumah sudah pahat berbunyi
(iii) Pisang tak akan berbuah dua kali

Comments

Popular Posts