Peperiksaan Percubaan SPM Sabah

(a) Tulis satu ayat bagi setiap perkataan di bawah untuk menunjukkan bahawa anda fahamakan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.

(i) mengorak langkah
(ii) memupuk perpaduan
(iii) meniupkan semangat
(iv) menumpukan perhatian
(v) menyelesaikan masalah
(vi) memikul tanggungjawab

(b) Tukar ayat bersusunan biasa di bawah kepada ayat bersusunan songsang tanpa mengubah maksud asalnya.

1. Kanak-kanak itu mandi di sungai.
2. Kebanyakan orang Asia bertubuh kecil.
3. Bangunan tinggi itu belum tentu selamat.
4. Ibu Raihana sedang sakit tenat di hospital.
5. Kelihatan anak-anak kecil itu berkejar-kejaran di padang.
6. Keadaan suhu di atas Gunung Kinabalu pada awal pagi sungguh dingin.

(c) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan.Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

(i) Isu rumah setinggan yang di duduki oleh pendatang asing di pinggir bandar itu telah saya lapurkan kepada pihak berkuasa.

ii. Timbalan Menteri Pertanian telah diberi penghormatan untuk melepasi anak-anak ikan ke dalam kolam ternakan semasa beliau merasmikan projek Desa Maju di kampung kami.
iii. Sawah yang kering-kuntang di daerah itu digenang air kerana hujan lebat sejak seminggu yang lalu.

(d) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan penggunaan kata dan istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

(i) Kerajaan akan memastikan tiada mana-mana gulungan, terutamanya rakyat yang kurang berkemampuan di luar bandar terpinggir di dalam pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia.
(ii) Ladang milik Pak Deraman sungguh lapang dan ditanami dengan berbagai jenis buahan.
(iii) Selain daripada menahan lukah, nelayan itu juga menggunakan seutas jala untuk menangkap ikan di Sungai Kadamaian.

(e) Baca ayat-ayat di bawah dengan teliti dan kemudian nyatakan peribahasa yang sesuai dengan ayat-ayat tersebut.

(i) Sejak kematian Inan dan Aki Mondou, anak-anak mereka tetap meneruskan kehidupan mereka walaupun terpaksa meminta bantuan daripada orang ramai.
(ii) Sikap Dr Jesel Ginturun langsung tidak berubah walaupun kini beliau telah berjawatan tinggi. Beliau sentiasa bersikap merendah diri ketika berinteraksi dengan orang bawahannya.
(iii) Rakan-rakan Lintagu tidak menyenanginya di tempat kerja kerana dia hanya akan melakukan tugas-tugasnya apabila disuruh.

Comments

Popular Posts