Jurnal Harian 🐥
Cuba teka hari ni hari apa? Tekalah. Hari ni....... Hari Rabu HAHAHHAHA 😂 . Ok maaf. Pagi tadi saya tak sempat nk pergi sarapan, jadi saya makan kek pisang je 😢. Kesian saya 😔. Subjek pertama hari ini ialah bahasa melayu, dan guru kami adalah Cikgu Mior 🌝. Selepas itu kelas falsafah pula. Lalu, kelas biology, tetapi Miss Ing tiada jadi kami duduk di perpustakaan 🏫. Kemudian, rehat untuk minum pagi ☕. Selepas itu kelas Self Development. Kami menyemak refleksi kami sama ada cukup atau tidak. Kemudian, kami ada kelas Pendidikan Agama Islam 💜. Ustazah memberikan kami markah peperiksaan. Saya mendapat A tolak kerana tidak menyalin semula ayat soalan 😭. Kalau tak boleh dapat A solid sekurang-kurangnya huhuhu, tu lah padan muka. Siapa suruh malas 😈. Selepas itu adalah kelas research, tetapi Miss Ing tiada, jadi kami membuat video khidmat masyarakat, mengemas kelas 💅. Kami merakam video 🎥 dan tangkap beberapa keping gambar 📷. Selepas itu adalah waktu rehat. Buat kali pertamanya kami sekelas makan semeja 💃. Tetapi, Edmond, Vinesh, Haresh, Hafiz dan Azzam. Ini kerana moral kids makan dengan moral kids yang lain, manakala Azzam tiada di permata kerana pertandingan bola sepak ⚽. Hafizuddin pula demam 😷. Get well soon Hafiz 💉. Pada petang itu pula ada koko, sata merupakan ahli unit beruniform kadet polis. Perjumpaan kami di bilik majlis pada jam 230 petang. Perjumpaan unit tamat pada jam 430 petang 🕟. Slepas perjumpaan itu, saya menemani Afiqah 🐰 ke pejabat asasi kerana perlu menghantar tugasan di bilik Miss Ing 👣. Kami berborak sementara dengan Miss Ing. Kemudian, saya tiada perjumpaan kelab jadi saya bercadang untuk pulang ke asrama 🏠. Tiba-tiba, saya terdengar ada orang panggil nama saya 📣 dari belakang. Rupa-rupanya Afiqah, dia meminta saya menemannya ke balai cerap untuk perjumpaan kelabnya. Bilik cerap itu terletak di tempat yang sangat tinggi 🗼. Dahlah saya gayat 😥. Walaubagaimanapun, saya menguatkan semangat 💪 untuk naik ke atas bertujuan untuk meneman Afiqah. Setelah beribu-ribu anak tangga yang dipanjat, akhirnya sampai juga di balai cerap. Tanpa disangka, saya juga menyertai perjumpaan itu. Ia merupakan kali pertama saya memasuki balai cerap. Walaupun agak sempit, tetapi seronok 😆. Hari ini ada tetamu istimewa, beliau merupakan orang luar negara yang datang untuk mengajar kami 👼. Selepas selesai sesi di balai cerap, kami ke bilik mesyuarat untuk mendengar penerangan yang lebih lanjut tentang falak 🌏 dan astronomi 🌙. Tanpa disangka, perjumpaan itu tamat dalam 710 malam 🌑. Saya, Afiqah dan Fathimah terus menuju ke dewan makan untuk makan malam. Selepas itu, kami pulang ke asrama lalu, ke dewan serbaguna 🏢 untuk menunaikan solat maghrib. Kemudian, saya terus menuju ke kelas prep lalu menulis jurnal ini 📝.
Sekian, terima kasih 🌸
Comments
Post a Comment