Minggu 2: Unsur-unsur asing dalam bahasa melayu
Pengaruh Bahasa Sanskrit
· Bahasa Sanskrit dibawa oleh orang India yang datang berdagang dan mengembangkan agama Hindu.
· Bahasa Sanskrit disebarkan melalui golongan pendeta agama, epik Ramayana dan Mahabharata.
· Aspek yang mempengaruhi bahasa Melayu ialah aspek kosa kata, imbuhan dan sistem bunyi.
Kosa Kata Pinjaman Bahasa Sanskrit
· Pembelajaran : bahasa, kata, bicara
· Sifat : mesra, merdu, dahaga
· Tubuh manusia : kepala, lidah, bahu, nadi, sendi
· Barang Perniagaan : kasturi, sutera, kapas, guni, harga, harta
· Waktu/Masa : senjakala, hari, dinihari (sebelum terbit fajar, lebih kurang pukul 3 pagi), purnama (bulan/month), tadi
· Barang yang boleh dilebur/permata : emas, raksa(mercury), timah, manikam(jewel), permata(jewel,gem), mutiara(pearl)
· Perkakas : gergaji, kecapi(lute), sejenis alat bunyi-bunyian seperti gitar.
· Persaudaraan : saudara, suami, isteri, ayah
· Bunga dan tumbuhan : teratai, seroja, melati, melur, angsana
· Kebesaran : raja, maharaja, baginda, paduka, putera, puteri, bendahara
· Agama dan falsafah : dosa, pahala, puasa, neraka, dewa
· Istilah lain : asmara, cinta
Imbuhan Pinjaman
· Maha : mahasiswa
· Tata : tatabahasa
· Pra : prasejarah
· Eka : ekabahasa
· Dwi : dwibahasa
· Tri : tridimensi
· Panca : pancaindera
Pengaruh Bahasa Arab
· Agama : Islam, nabi, tarikat, baligh, sujud
· Ilmu : tarikh, kitab, falsafah, hisab (matematik)
· Hukum : wajib, haram, adil, tertib, makruh
· Adat : kaum, umat, sedekah, salam, fakir, musafir, nikah, ziarah
· Kejadian : wajah, insan, wujud, dunia, akhirat, salji, haiwan
Pengaruh Tamil, Hindustan, dan Parsi
· Bahasa Tamil : kari, kapal, katil, sami, jodoh, mahligai, kolam
· Bahasa Hindustan : roti, kerani, curi, lucah, kapas, topi, guni, kanji
· Bahasa Parsi : taman, medan, dewan, bandar, baju, gusti, jam, kahwin, saudara, nakhoda
Pengaruh Bahasa Cina
· Makanan : mi, tauhu, lai, the, mihun, samsu
· Pakaian dan barangan : tocang, kekwa, gincu, koyok, sempoa, bak
· Rumah dan perkakas : loteng, beca, dacing, cawan, pongkes, tanglung, teko
· Manusia dan hal-ehwalnya: tauke, cincau, kuntau, tongsan, tokong, angpau, kongsi, apek
Pengaruh Portugis Belanda dan Siam
· Portugis : baldi, bangku, bomba, bola, beranda, dadu, jendela, garfu, gereja, kapitan, kebaya, keju, kemeja, meja, mentega, palsu, paderi, peluru, sepatu, tuala, bendera
· Belanda : duit, kamar, rokok, kantor, senapang, laci
· Siam : makyong
Comments
Post a Comment