Laporan
LAPORAN KEM KEPIMPINAN DAN BADAN BERUNIFORM
Pada 21 April yang lalu, Kolej PERMATApintar Negara, Selangor telah mengadakan kem kepimpinan dan badan beruniform di Kem Sri Raudhah, Gombak. Kem yang diadakan pada hari Jumaat, 21 April 2017 hingga Ahad, 23 2017 April disertai oleh sebanyak 358 orang pelajar dan beberapa guru pengiring.
Objektif kem tersebut adalah untuk memupuk semangat kepimpinan, mengeratkan silaturrahim, menambah keyakinan diri, supaya pelajar lebih berdikari dan bersyukur dengan apa yang disediakan, dan juga untuk belajar menghormati pemimpin dengan lebih baik.
Sebelum bertolak, timbalan pengarah kami mengingatkan para pelajar supaya menjaga disiplin dan nama baik sekolah semasa di sana. Selepas mendengar pesanan beliau, barulah rombongan kami bertolak dari sekolah.
Bas kami tiba pukul 5.30 petang. Rombongan kami disambut oleh fasilitator di kem Sri Raudhah, Gombak. Beliau menerangkan tentang peraturan-peraturan dan kawasan larangan sepanjang berada di kem. Kami juga sempat melakukan sesi suai kenal bersama fasilitator tersebut. Setelah semua bas tiba, kami dibahagikan mengikut kumpulan untuk memilih dorm. Ada yang dapat dorm yang jauh, ada juga yang dapat dorm yang dekat dan selesa.
Selepas itu, kami diarahkan untuk mengambil wudhuk kemudian menunaikan solat fardhu asar. Kemudian, kami diarahkan untuk beratur dalam barisan di dataran untuk sesi taklimat ringkas daripada kem komander. Kem Komander tegas dan garang orangnya. Setelah tamatnya taklimat itu tadi, kami dibenarkan untuk makan malam.
Pada malam itu pula, kami solat maghrib dan isya' secara berjemaah. Selepas solat isya' kami ada sesi motivasi bersama fasilitator yang menguruskan kami, iaitu Abang Boy. Beliau mengajar kami tentang ciri-ciri pemimpin. Kemudian, kami dibahagikan kepada 20 kumpulan. Kami diberikan marker dan sebidang kain. Kami diarahkan untuk mereka logo kumpulan dan tepuk sorak.
Tidak lama selepas itu, kami dibenarkan untuk bersurai dan pulang ke dorm masing-masing. Kami terus membersihkan diri dan bersiap-siap untuk tidur. Kami perlu tidur awal kerana esok kami perlu berkumpul di dewan pada jam 530 pagi.
Keesokan harinya, kami berkumpul di dewan seperti yang disuruh. Kami menunaikan solat subuh secara berjemaah. Selepas solat subuh, kami mendengar tazkirah subuh. Selepas itu, kami melakukan senam robik. Gerakan-gerakan senam robik yang ditunjukkan oleh Abang Boy sangat menarik dan menyeronokkan. Selepas itu, kami diberikan mi goreng untuk sarapan.
Pada pagi itu, kami ada aktiviti jungle trekking. Kami meredah sungai, pembentong, semak dan lain-lain. Aktiviti ini sangat menyeronokkan. Apabila kami sampai ke destanasi kami, kami dibenarkan untuk mandi sungai. Selepas itu, kami berpatah balik semula untuk pulang ke kem. Dalam perjalanan pulang, kami perlu mengumpul ranting-ranting dan juga daun kering.
Setibanya kami di kem itu semula, kami dikehendaki untuk beratur mengikut kumpulan kami. Ksmi perlu memasak nasi menggunakan buluh dan masak telur menggunakan tanah liat. Semua orang melakukan tugasan masing-masing. Setelah masa tamat, kami menghidangkan hidangan kami. Secara keseluruhannya semua kumpulan buat dengan bagus sekali.
Pada malam itu pula, kami ada aktivti nigh twalk. Saya dan Athirah berjalan bersama. Kami melalui lebuh raya yang gelap dan sunyi. Night walk itu agak menyeramkan, tetapi terlalu singkat. Setelah tamatnya aktiviti night walk pada malam itu, kami dibenarkan untuk pulang ke dorm masing-masing dan tidur.
Pada keesokan paginya, kami bersedia untuk solat subuh pada jam 530 pagi seperti biasa, Selepas itu, kami dibenarkan untuk pulang asrama sebentar untuk mandi dan berkemas. Kami diarahkan untuk berkumpul di dataran pada jam 930 pagi, Sekali lagi, kami melakukan aktiviti senam robik. Selepas itu, kami perlu membentangkan logo dan tepuk sorak kumpulan kami. Nama kumpulan kami adalah Frog Drum. Setelah kesemua 20 kumpulan membentangkan idea masing-masing, kami dibenarkan untuk makan tengah hari.
Oleh kerana bas kami sudah sampai, jadi kami tidak sempat untuk makan tengah hari di situ. Kami mengambil barang-barang dalam dorm kami, kemudian terus ke bas. Sebelum itu, kami sempat bersalaman dengan fasilitator-fasilitator dan mengucapkan terima kasih kepada mereka.
Walaupun ini kali pertama kami menyertai kem yang sangat mencabar, kami sangat berpuas hati. Ini kerana aktiviti yang disediakan sangat menguji daya ketahanan kami. Bukan sahaja dari segi fizikal, malah dari segi mental. Kami berharap untuk menyertai kem begini lagi di masa hadapan.
Dilaporkan Oleh, 25 APRIL 2017.
Qistina
………………………………
(NURIN QISTINA BINTI AZHAR)
Setiausaha, Persatuan Bahasa Malaysia,
Kolej PERMATApintar Negara, UKM Bangi.

Comments
Post a Comment