Jurnal Harian ๐ŸŽ€

Hari ini hari Khamis bersamaan dengan 20 April 2017. Hari ini semuanya seperti biasa. Tiada apa-apa yang menarik ๐Ÿ˜ช. benda pertama adalah sarapan. Kemudian, perhimpunan harian. Selepas itu, saya terus ke kelas matapelajaran yang pertama, iaitu Kimia. Setelah tamatnya kleas kimia, saya terus ke kelas seejarah. Kami perlu memilih satu tokoh dalam bab nasionalisme. Kumpulan saya memilih Mat Salleh. Kami perlu membuat peta minda ๐Ÿ“ tentang kisah beliau. Selepas tamatnya kelas sejarah, kami ke padang ๐ŸŸ untuk pendidikan jasmani dan kesihatan ๐Ÿธ. Malangnya, cikgu tiada. Jadi, kami mengambil kesempatan ini untuk menyiapkan tugasan matematik. Ianya merupakan tugasan berkumpulan ๐Ÿ‘ฉ‍๐Ÿ‘ฉ‍๐Ÿ‘ง‍๐Ÿ‘ง. Tugasan tersebut tentang coordinate ๐Ÿ“ˆ.  Alhamdulillah, kami sempat menyiapkan tugasan itu. Selepas itu, kami terus minum pagi ☕. Sesudahnya kami minum pagi, kami terus mempercepatkan langkah ๐Ÿƒ kami. Sekarang merupakan subjek matematik. Subjek matematik pada hari ini agak lama. Iaitu, 1 jam 20 minit ๐Ÿ˜ถ. Kami membentangkan tentang kerja kumpulan kami. kami juga belajar tentang trigonometry ๐Ÿ“. Cikgu sempat memberikan kami tugasan sebelum kelas habis. Setelah tamatnya kelas tersebut, kami ada waktu prep. Kami membincangkan tentang tugasan berkumpulan Biology ๐Ÿ’†. Tidak lama selepas itu, kami ke dewan makan untuk makan tengah hari ๐Ÿ›. Disebabkan hari esok ade kem koko pada waktu petang, jadi, tiada kelas Biology. Miss Ing memutuskan untuk memutuskan ✂ untuk mengganti kelas itu pada petang ini ๐ŸŒฅ. Jadi, kami pun ke kelas biology pada jam 2 petang. Pada mulanya, kami menjawab post test topik variation dahulu, kemudian kami membentang kerja berkumpulan kami. Memandangkan kami kumpulan pertama, kami lah yang pertama kena bentangkan kerja kami ๐ŸŒš. Setelah keempat-empat kumpulan membentangkan kerja masing-masing, kami dibenarkan pulang ๐ŸŒธ Itu sahaja ๐ŸŒ€.

Sekian, Terima Kasih ๐ŸŒˆ

Comments

Popular Posts