Peperiksaan percubaan SPM Pulau Pinang 2016
Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa
(a) Tulis satu ayat bagi setiap perkataan di bawah supaya jelas menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan serta menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.
mewangi
Bunga yang diletakkan di dalam pasu itu mewangi.
menyukat
Sebelum mencampurkan air ke dalam adunan, kita perlu menyukat air itu terlebih dahulu.
menjulang
Amir menjulang piala yang baru sahaja dimenanginya.
menyusut
Air sungai di belakang rumah semakin menyusut.
menyelam
Ameena menyelam ke dalam kolam itu untuk mencari barangnya yang terjatuh.
menyisih
Shukri menyisih barang yang tidak digunakan lagi lalu dibuang.
(b) Tukarkan ayat aktif di bawah kepada ayat pasif tanpa mengubah maksud asalnya.
(i) Beta akan menganugerahi beliau gelaran Datuk kerana sumbangannya yang besar dalam bidang ekonomi.
Beliau akan dianugerahi gelaran Datuk oleh beta kerana sumbangannya yang besar dalam bidang ekonomi.
(ii) Kawat berduri yang berlingkaran itu memagari kawasan di sekeliling rumahnya.
Kawasan sekeliling rumahnya dipagari kawat berduri yang berlingkaran itu.
(iii) Pengetua telah melantik Cikgu Shaari sebagai guru disiplin kerana ketegasannya menjalankan tugas.
Cikgu Shaari dilantik menjadi guru disiplin kerana ketegasannya menjalankan tugas.
(c) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan imbuhan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.
(i) Serondeng daging yang dikeluarkan oleh Syarikat Deen itu telah dieksport ke negara-negara Timur Tengah dan mendapat sambutan yang amat menggalakkan.
(ii) Kempen anti-rokok yang sudah berlangsung sejak beberapa tahun lalu masih belum dapat menyedarkan rakyat tentang bahaya yang berpunca daripada rokok.
(iii) Orang ramai disarankan mengehadkan pengambilan makanan berlemak agar dapat mengurangkan kandungan kolesterol dalam badan.
(d) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.
(i) Encik Yasir berbesar hati mempamerkan lukisan-lukisannya yang cantik bersempena dengan pameran lukisan yang diadakan di Kuala Lumpur.
(ii) Kompleks membeli-belah terkenal itu akan dibuka semula secara rasmi pada minggu hadapan setelah kerja-kerja pengubahsuaian selesai dilakukan.
(iii) Rakyat di negara ini diseru agar menanamkan perasaan cinta akan tanah air serta menghayati erti kemerdekaan yang sebenar

Comments
Post a Comment