Jurnal Harian 🖤

Hari ini ialah hari khamis, bersamaan dengan 6 April 😋. Pada hari ini, kami ada talk daripada orang luar tentang Kbat. Talk itu bermula daripada jam 830 pagi hingga 4 petang.Talk itu tidaklah seronok mana, tidaklah bosan mana. Boleh-boleh sahaja. Selepas habis talk itu, kami ke bilik gerakan pelajar utnuk mendapatkan markah peperiksaan bahasa inggeris kami. Saya punya markah boleh boleh lah 🤓. Selepas itu, saya dan rakan-rakan saya bermain bersama Adeeb dan Awfaa iaitu anak kak hani. Mereka sangat comel. Pada mulanya kami hanya bermain lukis-lukis sahaja. Tiba-tiba Wardina membawa buih sabun daripada biliknya. Kami bermain bersama Adeeb dan Awfaa. Bukan Adeeb ngan Awfaa je yang excited, kami pun sama je naik 😆. Kami bermain buih hampir setengah jam. Kemudian, kami pergi makan malam di dewan makan. Malam itu pula kami ada kuiz matematik 😪. Susahlah juga. Lepas itu kami solat isya' berjemaah di dewan serbaguna 😇. Selepas itu, saya pulang ke bilik untuk menggosok baju hari Jumaat lalu membersihkan diri. Kemudian, saya pon tidur 😴.

Comments

Popular Posts