Jurnal Harian 👻
Hari ini hari Jumaat bersamaan dengan 14 April 2017. Pagi ini, saya bangun awal dan sempat bersarapan di dewan makan. Kami dihidangkan dengan bubur nasi 🍚 dan air teh o 🍵. Sesudahnya saya makan, saya terus ke dewan serbaguna 🏢 untuk perhimpunan harian. Selepas perhimpunan harian tamat, kami berkumpul mengikut usrah masing-masing. Naqibah saya ialah Kak Omi manakala na'ibah saya adalah Kak Faten Nabihah 🙆. Tajuk usrah hari ini adalah tokoh islam. Kak Omi menceritakan tetang kisah Sultan Muhammad Al Fateh yang telah menawan kota konstantinopel pada umur 21 tahun dan telah berjaya menghafal ayat-ayat suci Al-Quran pada umur 7 tahun dan juga dapat menguasai lebih daripada 5 bahasa 😱. Selepas aktiviti usrah tamat, saya ke makmal komputer 1 untuk menghadiri kelas bahasa inggeris 🇺 . Sewaktu kelas tersebut Madam Dee menyuruh kami upload kan plot line cerita Fairy Tale ✨ kami ke dalam Padlet. Saya menulis cerita tentang seorang perempuan bernama Velda mempunyai kuasa yang tiada orang ketahui 🙊. Velda ada seorang kawan baik bernama James 👫. James juga tidak tahu tentang kuasa Velda sehinnga satu kes terjadi. Sewaktu Velda dan James berjalan-jalan di dalam hutan, mereka telah diserang harimau 🐯. Velda terpaksa menggunakan kuasanya untuk menyelamatka mereka. Sejak itu, kuasa Velda diketahui ramai 😣. Suatu hari, seorang ahli sihir jahat telah menculik Velda untuk mencuri kuasanya 😨. James berusaha untuk menyelamatkan Velda 💖. Adakah James akan berjaya 🤔? Ketahui cerita selanjutnya di padlet.com/nurinqistina/qistinaazhar03 . Oaky kembali kepada cerita asal. Setelah tamatya kelas english, saya ke bilik muzik untuk belajar muzik bersama Dato'. Kami menunggu agak lama tetapi Dato' tak sampai-sampai 😂. Tepat jam 10 pagi, kami dewan makan untuk minum pagi. Kuih pada hari ini sangat sedap, iaitu apam gula hangus dan juga samosa 😋. Apabila perut saya sudah kenyang 😂, kami ke kelas kosong utnuk prep. Sepanjang waktu prep, saya menyiapkan kertas tugasan 📝 yang diberikan oleh Dr. Farhah. Setelah tamatnya waktu prep kami ke kelas PAI untuk belajar Pendidikan Agama Islam 👼. Sementara menunggu ustazah untuk tiba, putera mahkota jepun, iaitu Putera Naruhito telah tiba di permata. Datin Sri Rosmah juga trurt hadir. Putera mahkota tersebut hadir untuk melawat dan melihat bagaimana suasana pembelajaran di permata. Malangnya, saya hanya melihat dari jauh kerana batch kami tidak terlibat. Hanya batch foundation 1 sahaja yang terlibat. Ini sangat tidak adil 😤. Baiklah kembali kepada asal. Kami menunggu ustazah hampr 30 minit, tetapi ustazah tidak hadir ke kelas untuk mengajar kami pada hari ini. Jadi, kami masing-masing membuat kerja sendiri. Selepas itu, kami ke Makmal Fizik. Hari ini, kami belajar tentang Heat Capacity 🔥. Pada jam 1230 tengah hari pelajar lelaki ke dewan makan untuk makan tengah hari dahulu. Mereka diberikan keutamaan kerana mereka perlu menunaikan solat Jumaat. Manakala pelajar perempuan pula perlu menunggu sehingga jam 1 🕐 petang dahulu. Sementara menunggu waktu makan kami, kami berborak terlebih dahulu dengan Dr. Farhah. Lama jugalah kami bersembang 😂. Selepas itu, kami ke dewan makan untuk makan tengah hari. Kemudian, saya pulang ke asrama untuk berehat. Pada petang itu pula, jam 3 petang, kami ada kelas biology bersama Miss Ing. Kami belajar tentang mutation 😲. Pada jam 4 petang pula, saya ke kelas asasi 1 untuk belajar subjek bahasa jepun 🎌 . Pada hari ini sensei memberikan kami kertas peperiksaan sebeum ini. Alhamdulillah, keputusan saya agak bagus 😊. Selepas itu, kami menyambung sesi pembelajaran kami. Sensei memberikan kami latihan berdasarkan buku latihan 📕 yang telah kami beli. Pada jam 5 petang kelas bersurai. Itu sahaja pada hari ini 🎉
Sekian, Terima Kasih 🌸
Sekian, Terima Kasih 🌸
Comments
Post a Comment