Jurnal Harian 🤠
Hari ini 13 April bersamaan dengan hari Khamis. Pagi tadi saya bersarapan seperti biasa kemudian ke dewan serbaguna untuk menghadiri perhimpunan harian 😶. Selepas itu, saya ke kelas kimia. Sewaktu kelas kimia, Cikgu Wong mengajar kami bagaimana untuk mencari ratio dalam chemical equation. Selepas itu, kami ke kela sejarah. Sewaktu di kelas sejarah, kami ke makmal komputer asasi untuk menjawab kuiz online 💻 berkenaan tentang kedatangan British 🇬🇧 ke tanah melayu. Setelah tamatnya kelas sejarah, kami terus ke stadium 🏟 untuk pendidikan jasmani dan kesihatan. Kami menunggu Cikgu Zaem untuk sampai, tetai rupa-rupanya tak hadir. Kami bermain kejar-kejar 🏃😂 seperti budak kecil 👧. Selepas itu, kami dewan makan untuk minum pagi. Tepat jam 1030 pagi, kami mempercepatkan langkah kami untuk kekelas matematik. Klas matematik pada hari ini agak lama iaitu dua masa 😪. Kami belajar tentang coordinates. Topik itu agak menarik, tetapi masalahnya, sewaktu Cikgu Shamim mengajar kami, saya tersangatlah mengantuk 😴. Jadi, saya tak boleh memberikan tumpuan sepenuhnya 😓. Sebelum kelas tamat, Cikgu Shamim sempat memberi kami beberapa tugasan 📝 berkenaan dengan coordinates. Selepas itu, merupakan waktu prep. Saya ke makmal komputer untuk menyiapkan tugasan. Tidak lama selepas itu, jam sudah menunjukkan 1230 tengah hari. Kami ke dewan makan untuk makan tengah hari. Setelah selesai makan tengah hari, saya terus pulang ke untuk bertemu dengan peneman saya, iaitu katil 🛌 😂. Saya telah qada' tidur saya yang tidak cukup selama ini 😂. Petang itu pula saya pergi ke dewan makan untuk makan malam. Selepas itu, saya bersiap-siap untuk solat berjemaah di dewan serbaguna dan prep. Apabila azan manghrib berkumandang, saya terus memakai telekung saya lalu ke dewan serbaguna untuk menunaikan solat fardhu maghrib. Selepa itu, saya ke kelas prep. Sepanjang waktu prep, saya menyiapkan tugasan matemaitik yang diberikan oleh Cikgu Shamim tadi. Masa berlalu dengan pantas hinggakan saya tidak sedar bahawa waktu prep sudah habis. Saya teru mengemas barang saya lalu ke dewan serbaguna 🏢 untuk solat maghrib secra berjemaah. Selepas itu, saya ke dewan makan untuk supper. Perut dah kenyang, hati pun dah gembira 😋 jadi saya terus pulang ke asrama. Itu sahaja.
Sekian, Terima Kasih 💙
Sekian, Terima Kasih 💙
Comments
Post a Comment