Jurnal Harian ๐ŸŽˆ

Hari ini hari Selasa bersamaan dengan 11 April 2017. Hari ini tiada apa yang menarik sangat pun sebenarnya ๐Ÿ˜‚. Pagi tadi saya pergi sarapan. Dewan makan menghidangkan nasi goreng ๐Ÿš dan telur rebus ๐Ÿฅš. Saya menyedapkannya lagi dengan menambah kicap lemak manis ๐Ÿ˜‹. Selepas itu, saya ke dewan serbaguna untuk mengahdiri perhimpunan harian. Kemudian, kami ke perpustakaan ๐Ÿซ kerana waktu pertama adalah prep. Selepas prep, kami ke kleas sejarah di blok fasa 2. Kami belajar tentang Faktor British ๐Ÿ‡ฌ๐Ÿ‡ง datang ke negeri-negeri melayu ๐Ÿ‡ฒ. Selepas itu kami ke kelas bahasa melayu dan saya menyiapkan tugasan Percubaan SPM yang saya post sebelum ini. Kemudian, kami ke dewan makan untuk minum pagi. Kami dihidangkan dengan puding roti ๐Ÿฎ dan karipap. Selepas itu, kami ke kelas English. Kami menunggu madam Dee datang tapi tak sampai-sampai ๐Ÿ˜‚. Lepas itu, kami stay di kelas yang sama kerana Cikgu Shamim membuat kelas Matematik di situ. Saya mendapat C+ untuk matematik saya ๐Ÿ˜ญ. Alhamdulillah tak teruk mana ๐Ÿ˜Š. Setelah kelas tersebut berakhir, kami ke dewan makan untuk lunch ๐Ÿ˜‹. Lauk pada hari ini adalah ikan kicap ๐ŸŸ dan sotong merah ๐Ÿ™. Selepas itu, saya pun pulang ke asrama untuk berehat. Pada jam 2 petang, saya ke kelas kimia. Selepas kelas kimia habis, saya ke makmal komputer 2 untuk menulis blog ini.

Sekian, Terima Kasih ๐Ÿฆ„

Comments

Popular Posts