Jurnal Harian 🌮
Hari ini ialah 9 April 2017 bersamaan dengan hari Ahad. Hari ini merupakan hari keusahaawanan. Perempuan batch kami menjual waffle 🤤. Pada pagi itu, saya, Afiqah dan Batrisyia beli secawan mi sedap 🍜 dengan harga RM 1.50. Kemudian, kami pergi ke rumah puaka ruby 👻. Rumah puaka itu tidaklah seram mana pun. Saya, Batrisyia dan Afiqah masuk bersama-sama 👭. Ianya menjadi tidak seram kerana kami bergurau-gurau dengan hantu 🤣. Kami sangat bising sewaktu memasuki rumah puaka itu 😝. Selepas itu, kami pulang ke dewan serbaguna untuk menolong menjual waffle. Order sangat banyak dan tak terkira hingga kami tak cukup tangan 🙌. Kami mempunyai banyak struggle sepanjang membuat waffle itu kerana satu mesin itu tidak berapa membantu. Mesin itu sangat lambat 😩. Nak tunggu masak hampir 30 minit 🕜. Order masuk makin banyak 📝 sampaibetul-betul tak sempat. Kami baru sahaja menyiakan order ke 50 tetapi order dah masuk sampai 80 lebih. Selepas itu, kami pun tutup order. Pelanggan kami memberikan feedback yang baik 👍. Mereka kata waffle kami sedap. Sewaktu kami membuat waffle ramai pelanggan yang datang menuntut waffle mereka tetapi order mereka masih tidak siap. Ini kerana mesin itu sudah panas sangat jadi kebanyakan waffle tak jadi 💔. Tiba-tiba sewaktu kami sedang buat waffle, adunan habis 😭. Ya Allah, dahlah adunan yang sebelum ini mereka tak ayak tepung 🤡. Jadi kami berhenti hampir setengah jam untuk buat adunan itu. Kemudian, kami sambung untuk masak waffle pada malam pula. Pada malam itu, ada roll call singkat. Selepas itu, kami terus menuju ke kafe untuk buat waffle. Masih ada 16 order tertunggak dan ada yang sudah bayar pun huhuhu. Jadi nak taknak kami kena buta juga. Malangnya semua cubaan pada malam itu gagal kerana adunan terlalu lembut. Lepas itu, tiba-tiba kami nampak ada seorang lelaki sedang berjalan, rupa-rupanya warden kami 😱. Dia menyuruh kami berhenti. Selepas dia beredar kami membuat satu sahaja lagi adunan dan ianya PERFECT. Betapa sakitnya hati saya kerana cubaan yang lain semua gagal tetapi cubaan terakhir jadi dengan jayanya 😠. Selepas itu, kami pun kemas dn beredar. Selepas itu kami pulang ke asrama.
Sekian, Terima Kasih 💞
Sekian, Terima Kasih 💞
Comments
Post a Comment