Jurnal Harian ๐Ÿ’…

Hari ini ialah hari Sbabtu bermakna outing ๐ŸŽช yeyyyyy. Saya outing dengan Bat, Nissa dan juga Aina. Outing kali ini kami meminta tolong mak saudara saya tolong hantarkan kami ke Bangi Gateway. Kami bertolak jam 11 pagi dan tiba dalam 20 minit selepas itu. Mula-mula sekali kami hanya berjalan-jalan dan window shopping dahulu. Destinasi pertama kami ialah kedai buku, MPH Book Store. Saya ingin membeli pen dan refill nya kerana pen yang saya gunakan boleh di refill. Kami menghabiskan masa hampir sejam di dalam kedai buku kerana kami meneliti buku di situ. Selepas itu kami jalan-jalan lagi, dan kemudiannya memutuskan untuk makan. Kami makan sushi di sushi king ๐Ÿฃ. Saya, Bat dan Nissa memesan Bento ๐Ÿฑ manakala Aina memesan mi ๐Ÿœ. Bento tersebut sangat mengenyangkan. Kami struggle untuk menghabiskan bento tersebut. Setelah mengalami pelbagai dugaan dan cabaran, kami akhinya berjaya menghabiskan bento tersebut ๐Ÿ˜‹. Selepas itu, kami menuju ke Jaya Grocer untuk membeli sedikit barang keperluan asrama. Sewaktu kami berjalan, ibu Nissa sudah sampai, jadi Nissa pun terpisah daripada kami ๐Ÿ˜ข, Bye Nissa ๐Ÿ˜ญ. Acah je ๐Ÿ˜‚. Selepas itu, kami ke gerai cool blog untuk membeli minuman kegemaran kami. Selepas itu, kami pun pulang ke asrama kerana mak saudara saya sudah sampai untuk mengambil kami. Sebelum saya masuk ke asrama, mak sauadara saya telah memberikan kami karipap dan popia. Saya makannya pada malam itu dan iainya sangat sedap ๐Ÿ˜‹. Terima kasih untuk makanan itu ๐Ÿค“.

Sekian, Terima Kasih ๐Ÿ™†

Comments

Popular Posts