Jurnal Harian 💆

Hari ni tak berapa best sebab hari ni takde pape tapi, pagi tadi saya dikejutkan dengan suara kak Hani sebab tandas 🚽 aras kami kotor. Dalam sinki ada sisa maggi kari 🍜 manusia yang tak bertanggungjawab 😡. Dahlah makan maggi tak habis lepstu kacau rehat orang pastu menyusahkan orang eeeeeeee. Selepas itu, kami diceramah sedikit dan membersihkan singki tersebut. Walaubagaimanapun, saya tidak dapat melelapkan mata semula selepas itu 😩. Jadi, saya pun buat marathon certia korea 😝. Banyaklah juga yang saya sempat tengok. Tengah hari itu pula tiba-tiba ada roll call di surau. Rupa-rupanya kak Hani nak cari siapa yang fly. Memandangkan hari ini hari minggu dan tiada apa-apa aktiviti. Jadi manusia pun mengambillah peluang ini untuk fly 👼.  Setelah memastikan siapa yang fly, kami dibenarkan untuk pulang ke bilik 😙. Saya pun bergolek-golek dan menghabiskan masa saya begitu sahaja. Pada malam itu pula kami solat berjemaah seperti biasa. Itu sahaja 😇.

Sekian, terima kasih 😎

Comments

Popular Posts