Jurnal Harian ๐
Hari ini, 4 April 2017 merupakan hari yang istomewa buat seseorang yang saya sayangi ❤️️. Hehehe. Hari ini merupakan hari lahir roommate saya ๐๐. Sudah genap 15 tahun roommate saya. Tua sudah ๐ต. Malam itu Aneena tidur awal, jadi saya tak nak kejutkan hanya untuk berikan hadiah. TIba-tiba apabila saya buka pintu untuk pergi ke tandas ๐ฐ, rakan-rakan Aneena terus menyerbu bilik kami lalu menyanyikan lagu selamat harin lahir untuknya. Tidak lama selepas itu, mereka pulang ke bilik masing-masing. Memandangkan dia sudah terjaga, saya mengambil peluang ini utnuk memberikan hadiah yang saya beli utnuknya. Sudah lama saya beli hadiah itu. Hadiah itu merupakan sebuah patung penguin berwarna biru yang sangat comel.. Sweetkan saya ๐. Aneena kelihatan seperti menyukai hadiah tersebut. Selepas itu, saya pun tidur. Baangun pagi meneruskan rutin seperti biasa. Pada malam itu Afiqah ada hantar satu mesej ke dalam group kelas kami. Soalan itu bertujuan untuk memastikan tentang purata pendapatan kelas kami. Tapi nampaknya saya seorang sahaja yang mempunyai purata pendapatan di bawah RM 500 ๐ข. Tapi takpelah, dah takdir. Selapas itu, hanya rutin harian yang sama berlaku. Itu sahaja.
Sekian, Terima Kasih๐ธ.
Sekian, Terima Kasih๐ธ.
Comments
Post a Comment