Jurnal Harian ❤️️
Hari ini ialah hari minggu. Memandangkan hari sukan Kolej baru sahaja habis jadi tiada apa-apa aktiiti mingu ini. Tapi entah kenapa sejak dua menjak ni saya rindu sangat dekat ibu bapa saya 👬. Padahal cuti pengal hari itu baru saja saya pulang. Maklumlah, saya ni kan anak manja 🌚. Saya jadi lagi rindu bila saya dengar lagu I Promise Harris J. Lagu itu tentang ibu bapa. Lagu itu membuatkan saya sedar dan sedih sangat. Saya takut kalau saya tak sempat nak berbakti pada ibu bapa saya 😢. Impian saya bila besar nanti adalah untuk menjadi seorang neurosurgeon 💉. Bila sudah berjaya nanti saya nak bawa mak ayah saya duduk dengan saya, jaga mereka, sayangi mereka. Saya nak mereka gembira. Yang paling penting ialah saya nak bawa mak ayah saya menunaikan haji dan umrah. Sayat tahu, dalam hati mak ayah saya mereka nak sangat jejakkan kaki di tanah suci Mekkah itu. Saya nak sangat-sangat hantar mereka pergi haji dan umrah suatu hari nanti. Saya harap sangat yang kami sekeluarga dipanjangkan umur dan mampu pergi bersama-sama dengan kakak dan abang-abang saya. In sha Allah suatu hari nanti, impian-impian ini akan tercapai. Amiin.
Sekian, Terima Kasih ☃
Sekian, Terima Kasih ☃
Comments
Post a Comment